Tuesday, December 8, 2009

PERSATUAN SENI DI KUANTAN KIAN LESU.


Sejak 2006 persatuan yang terlibat dalam bidang seni mula terasa lesu tidak saperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau tahun sebelumnya persatuan amat giat dan sentiasa dilibatkan dalam berbagai program yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan badan saparuh kerajaan khasnya Jabatan Kebudayaan, kesenian dan pelancungan ( ketika itu ), kini sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak ada lagi program bersama .
Bertambah kecewa bila Majlis Kebudayaan Negeri ( MKN ) yang menjadi badan induk kepada persatuan seni, kebudayaan dan warisan lansung tidak dapat memainkan peranannya untuk menggerakkan persatuan. Sepanjang tahun 2007 hingga 2009 hanya dua kali mesyuarat dapat diadakan itu pun tanpa YDP ( Esko Kebudayaan ). Nampaknya Esko Kebudayaan negeri tidak berminat untuk menjalankan tanggongjawab beliau dan tidak bertanya khabar nasib persatuaan.
Timbul kehairanan, mengapa beliau menerima pelantikan tersebut. Apakah MENTERI BESAR Pahang pakai lantik saja tanpa menilai minat dan kebolehan esko dan memantau sepanjang pelantikan samaada esko tersebuk memainkan tanggungjawab mereka. Kalau beginilah keadaannya tak terfikir kah resah gelisah mereka yang bergiat dalam bidang seni? apakah orang seni dan persatuan mereka sedikit pun tidak terasa penting kepada kerajaan. Mungkin kerajaan tidak memerlukan undi mereka kerana mereka bukan raayat....
Rasanya puas sudah memberi tahu dan memohon supaya pihak yang berwajid dapat mengembalikan kemeriah seni saperti dulu di Pahang.
Selaku penggiat seni yang telah melibat diri di Pahang hampir dua puloh lima tahun penilaian yang dibuat berdasarkan pengalaman dan kebenaran. Mohon menteri keseniaan, kebudayaan dan warisan campor tangan sebelum luka seniman bertambah parah. Jangan sampai seniman juga terpaksa berarak di khalayak terbuka. Janganlah sampai orang seni terpaksa meminta PM sendiri untuk membetulkan keadaan. Fikir-fikirkan lah. Jangan biar luka bertambah dalam.

Seniman sayang negeri.
.

Monday, December 7, 2009

YDP GAP,s UZUR


Hari ini saya mendapat panggilan talipon dari YM. Dato' Engku Alaudin Engku Majid. Beliau memaklumkan bahawa sakit pinggang yang dihadapinya datang kembali dan kini terpaksa menggunakan tongkat berkaki empat dan tidak mengizinkan berjalan saperti bisa. Beliau juga tidak berupaya memandu kereta.
Pada 15 disember ini beliau terpaksa menjalan pembedahan sebagai usaha merawat penyakitnya itu. Kepada badan gabungan dan AJK yang mempunyai kelapangan waktu dan berkebetulan berada di Shah Alam bolehlah melawat beliau dan marilah bersama-sama mendoakan semoga beliau segera sembuh dan segera sihat saperti biasa.