Friday, May 15, 2009

Ekspidisi Lakar Endau Rompin

Kita berkumpul di dekat Balai Polis Kahang pada 22, mei o9. Pukul 12 tengahj hari kita nak bertolak ke Taman Negara Endau Rompin. Jangan lupa bawa peralatan melukis yang di fikirkan sesuai . Malam 23 Mei Exco kebudayaan bersama di majlis perasmian/penutup. Bolehlah kita pamer lakaran yang sempat dibuat. Rezuan maklum dia dapat slot Malaysia Hari ini pada 27,mei 09. Semoga semua sihat dan dapat bersama.
m.shaimy

Tuesday, May 12, 2009


Pertemuan Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan buat pertemuan dengan NGO kebudayaan di Kuala Lumpor pada 4 mei 2009. Mengikut akbar Utusan Melayu ( Jawi ) 11 mei.2009 pertemuan melibatkan pelukis, penulis, penggiat film, penari dan .......

Pertanyaan Hamidun Ahmed dari Angkatan Pelukis Darul Ridzuan apakah GAP,s dijemput? Jawapannya tidak namun Yang di Pertua GAP,s YM. Dato' Engku Allaudin Engku Majid ada menghadiri dan memberi pandangan mewakili GAP,s.

Thursday, March 5, 2009

1OO1 MALAYSIAN ARTIS


Saperti catatan perjalanan di Seremban, saya telah di temui oleh Liew Kian Hap, pengarah Dunia Seni Lukis Sdn. Bhd. Tujuan belia untuk menyatakan hasratnya mengumpul 1001 pelukis Malaysia bagi di muatkan dalam buku 1001 Malaysia Artis. Hal ini telah saya maklumkan kepada Yang Di Pertua GAP's Yang Mulia Dato' Engku Alauddin Engku Majid.
Pihak Art Malaysia meminta kerjasama GAP's dalam usaha menjayakan penebitan buku 1001 Malaysian Artis
Pada 17, mac 2009 jam 4.30 petang satu perbincang telah diadakan bertempat di Cafe Balai Seni Lukis Negara. Majlis perbincangan itu diu hadiri oleh YM. Mulia Dato' Engku Alaudin Engku Majid ( Yang Di Petua GAP's ), Dato' Mahsun Taib ( Naib Yang Di Petua 2 ) , Mohd Shaimy Hashim ( Naib Yang Di Petua 1), Mohd Fadhli Haji Bahari ( Ajk ), En Liew Kian Hap ( pengarah At Malaysia) dan pegawainya En. Alias Hashim . GAP's bersetuju membantu untuk memanjangkan perkara tersebut dan meminta pihak Art Malaysia dapat mengirimkan butiran teperinci untuk di maklumkan kepada seluroh ahli dan badan gabungan GAP's.
Pada hari 10, April 2009 GAP's telah menerima fax dari Art MALAYSIA dan salinannya akan dihantar kepada setiausaha badan gabungan untuk di maklumkan kepada ahli.
Maklumat ringkas adalah saperti berikut:
Pameran ini ada idea yang dicetuskan hasil maufakat ArtMalaysia, BLSN, Yayasan Tuanku Syed Putra perlis dan Founder, puan Belinda Yeo dan akan diadakan pada 12 November hingga 12 disember 2009, Bertempat di Balai Seni Lukis Negara.
1.Wajid menhantar 2 ( dua) buah karya hasilsenilukis yang usianya tidak melebehi 2 (dua) tahun.
2.Setiap karya yang seni lukis hendaklh lengkap dengan biodata pelukis dan kupasan lengkap mengenai karya tersebut.
3. Setiap pelukis juga wajid menyatakan dengan lengkap rekod penyertaan dalam mana-mana penyertaan pameran seni lukis tempatan dan atarabangsa bagi memastika bahawa meraka benar-benar layak.
4.Kebesan diberikaan kepada pelukis samaada hendak menghantar karya masing-masing dengan atau tanpa bingkai.
5.Setiap hasil seni lukis hendaklah sampai ke tangan ArtMalaysia yangberalamat di Galeri Dunia Seni Lukis, No. 19A, Jalan pudu Ulu, Off Jalan Ceras, 56100 Kuala lumpur, sebelum 12 Setember 2009, iaitu 2 ( dua ) bulan sebelum acara bermula.
6. Wang pendaftaran RM50 ( Ringgit Malaysia: Lima Puloh sahaja )
Senarai lengkap ahli di harap dapat dikirimkan segera oleh badan gabungan ke pejabat Gap's untuk dikumpul dan di serahkan kepada Art Malaysia .

yang menjalan tugas.
M.Shaimy.

Friday, February 27, 2009

Jumaat diSeremban 27 FEB 2009

.....jam 10 pg kami meninggalkan hotel pergi ke Bazaar Mains.Tuan Hj Mohd Nor menunggu kami untuk minum pagi.
Rupanya En. Liew Kian Yap dari Art Malaysia telah sampai dari Kuala Lumpur.Setelah minum En. Shaimy dan En. Liew mengadakan perbincangan dimana En. Liew menerangkan tujuan beliau mengajak ahli GAP's untuk terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Art Malaysia iaitu pameran peringkat Internasional (karya-karya yang terpilih) dan 1001 pelukis untuk dimuatkan dalam buku 1001 Malaysian Artist.Beliau berjanji untuk membincangkan untuk kali kedua dalam masa yang terdekat.

Selepas selesai perbincangan dengan En. Liew Kami diajak oleh En. Muhamed B. Abu Hasan kestudio beliau diBangunan Mara (Bazaar Seremban).Dua wakil Art Malaysia turut serta.Distudio En. Muhamed banyaklah lukisan-lukisan koleksi beliau dipamerkan.Tema karya-karya tersebut merujuk kepada aktiviti dan budaya masyarakat Minang yang gayanya dipermudahkan.Kebanyakkan karya-karya itu menggunakan cat minyak dan akrilik.Kemudiannya kami diraikan dengan makan tengahari (nasi ayam).Selepas makan berlakulah beberapa interaksi seni dan dailog antara En. Shaimy dan wakil Art Malaysia.

Lebih kurang jam 3 ptg kami bergerak ke Bazaar Mains.Dalam perjalanan kami mendapat telefon dari En. Rashid B Razak Pengerusi Pelukis Melayu Pulau Pinang memaklumkan beliau telah pun sampai di bandar Seremban dan sedang menuju ke Bazaar Mains.Lebih kurang pada 3:30 ptg kami telah bertemu di Bazaar Mains bersama En. Rashid,isterinya dan En. Hamid dan minum bersama En. Zakir Amri @ Zorro (yang sedang mengadakan pameran solonya).
Selepas minum kami mengadakan interaksi melukis potret termasuklah potret En. Rashid,Pengerusi pelukis Tuan Hj Yunus dan beberapa potret yang di lukis oleh Munif.Dalam suasana itu muncul cikgu Kamal dan rakannya.Latar belakang musik oleh penyanyi karaoke tempatan memeriahkan suasana.Selepas minum petang,Tuan Hj Yunus memohon untuk meninggalkan majlis kerana untuk persiapan ke India esok bagi mengunjungi anaknya.
Beliau juga telah menyediakan 2 buah bilik untuk ahli dari Pulau Pinang diCharlton Star.