Senika telah memutuskan tarikh program pada 23 ( khamis ) hingga 26 ( ahad ) disember 2010.
Program anjuran bersama Kerajaan negeri Pahang , Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri Pahang dan SENIKA ini mengutamakan ahli Senika dan anak negeri Pahang. Begitu pun beberapa tetamu yang terdiri dari wakil Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia akan turut diundang bagi memeriah dan memanjangkan makluman program kepada rakan pelukis di seluroh negara.
Pertemua selama empat hari tiga malam ini akan di adakan di Semuji Resort Gambang. Sewaktu berada di resort, pelukis yang terlibat akan berkarya sepuas hati besama-sama di dewan yang akan disediakan. Hanya sebuah lukisan setiap seorang dipilih untuk di pamerkan pada 26 Disember di Galeri Pantai Timur Kuantan.
(Sebagai makluman pelukis yang terpilih dan terlibat perlu menyediakan semua peralatan yang diperlukan).
butiran selanjutnya bole3h menghubungi senika.
Telipon pejabat; 09 5144021 dan telipon binbit 013 9578731.
No comments:
Post a Comment