Friday, October 4, 2013

1MCAT KUANTAN - FESTIVAL SENI VISUAL PAHANG



 

Ucapan Majlis Perasmian oleh YB. Dato’ Haji Mohd 
Sharkar b. Hj. Shamsuddin,Exco Pelancongan 
dan Kebudayaan Negeri Pahang

14 September  2013 bertempat di  Meranti Ballroom Hyatt Regency Kuantan 11 pagi , Majlis Perasmian 1 MCAT Kuantan 2013 dan Festival Seni Visual Pahang telah dilakukan oleh YB Dato’ Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsuddin, EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
  

          Haned Masjak,  Ketua Pengarah BSVN.




Penyampaian cenderamata

Dalam majlis tersebut juga diadakan pameran seni lukis hasil karya 40 orang pelukis dari seluruh Negara yang merupakan ahli Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia (GAP’s).Karya yang berbagai saiz dan dilukis dalam berbagai media telah digantung di dinding utama dan sebahagiannya diletakkan pada ‘easel’ sekeliling dewan itu memeriah majlis perasmian kerana peminat seni lukis yang menghadiri majlis itu begitu teruja apalagi bila berkesempatan bertemu dengan pelukis yang rata-rata hanya mengenali nama tidak tuannya secara langsung selama ini. Dengan itu tercapai hasrat 1 MCAT untuk membawa karya seni lukis kepada masyarakat secara terus. Pameran ini terbuka sehingga 21 Se ptember 2013.
                
       
    

Dalam ucapan aluan Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara Kuala Lumpur , En.Haned Masjak bahawa : 1 MCAT ialah 1 Malaysian Contemporary Art Tourism yang mula diperkenalkan tahun 2010 oleh Kementerian Pelancongan ketika itu telah menjadi satu produk pelancongan yang memberi pulangan ekonomi yang sangat besar. Banyak sudah lukisan kontemporari Malaysia sudah terjual dan telah menembusi pasar antarabangsa dengan nilai jutaan ringgit Malaysia.

Manakala dalam ucapan perasmian , YB Dato’ Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsudin telah mencadangkan akan semua agensi kerajaan membeli lukisan pelukis tempatan untuk menjadi hiasan di pejabat masing-masing. Baginya inilah salah satu cara untuk membantu perkembangan seni lukis tempatan.

 Apa yang lebih menarik perhatian tetamu dalam majlis itu, apabila pengelola program iaitu GAP’s telah  menyelitkan dengan lukisan aksi oleh pelukis Dato’ Mhasun Taib dengan iringan Tarian Pelanduk oleh Kumpulan Penari JKKNP dibawah pimpinan Kreografer Tari terkenal Pahang iaitu cikgu Shaari Osman.



1 MCAT Kuantan 2013 turut mejayakan Festival Seni Visual Pahang di Dataran Telok Chempedak pada petang 14 Sept 2013 dan pagi 15 September 2013. Dalam festival ini diadakan dua pertandingan melukis terbuka Malaysia iaitu Pertandingan Potret Model dan Pertandingan Panorama Telok Chempedak. Penyertaan bagi kedua-dua pertandingan seramai 42 orang yang terdiri dari pelukis dari seluruh Negara dan pelajar IPTA/S.

    




 Keputusan pertandingan melukis panorama Telok Chempedak telah dimenangi , tempat pertama En Marzuki Muhamad PESENI Kelantan, kedua Fairuz Suparman Negeri Sembilan, ketiga Amin Hadarih UiTM Shah Alam, manakala hadiah saguhati dimenangi oleh Ismail Atan SERUPA johor, Abu Zaki Hadri Pelukis Perak, Mohd Fadli Hj Bahari Negeri Sembilan,Osman Saidin Kedah , Mohamad Saribunis b Mohd Sakri SENIKA Pahang.
           
 Manakala pertandingan melukis potret model dimenangi , tempat pertama Hamidon Ahmed Pelukis Perak, kedua Mohd.Fadli Hj Bahari Negeri Sembilan , ketiga Mohd Riduan Mat SENIKA Pahang, saguhati  dimenangi oleh Marzuki Muhamad PESENI Kelantan, Jefry Ahmad PERUPA, Fairuz Suparman Negeri Sembilan, Mohd Rashidi Jaafar SENIKA Pahang dan Hasman Razak PSVS Sabah.

Hadiah-hadiah berupa wang tunai tempat pertama RM1,000.00, kedua RM 700.00, ketiga RM500.00 dan saguhati RM 150.00 seorang yang telah disampaikan oleh En. Hasryn Izzuddin b Khairy , Pengarah JKKNP dalam majlis penutup program jam 4.00 petang 15.Sept 2013.


Dalam majlis penutup , Yang Dipertua GAP’s En.Mohd Shaimy Hashim melahirkan rasa gembiranya diatas kehadiran semua pelukis dari negeri-negeri yang menjadi ahli gabungan GAP’s. Manakala Pengarah JKKNP mengucapkan terima kasih kepada semua pelukis sudi berkumpul di Pahang dan mengharapkan Telok Chempedak menjadi inspirasi kepada semua pelukis.


Dari setiausaha GAP’s- Pn Hasnah Yusoff



·          



No comments: