Tasik Pedu yang asalnya dikenali sebagai Kolam Air Pedu terletak di Daerah Padang Terapdan jaraknya lebih kurng 90 km dari Alor Setar. Di sini terdapat beberapa buah resort yang sesuai untuk para pencinta alam dan pelukis untuk meneroka keindahan alam ciptaan Tuhan.
Angkatan Pelukis Kedah telah berjaya membawa 18 pelukis ke program Eksplorasi Tasik Pedu yang berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 25 hingga 27 April 2014 yang lalu. Sebahagian pelukis adalah terdiri daripada ahli gabungan dalam Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) disamping ahli APK sendiri.
Selama berada di Tasik Pedu, pelukis-pelukis telah dapat merakamkan flora di pesisir tasik, riak-riak di permukaan air dan pelbagai objek alam serta objek buatan manusia di sekitar.
Posted by: Salleh Ismail
No comments:
Post a Comment