Tuesday, July 8, 2014

ILHAM SENI WARISAN KUMPULAN PELUKIS MELAKA



Kumpulan Pelukis Negeri Melaka (KPNM) merancang untuk mengumpulkan pelukis-pelukis ahli GAPs dalam dalam satu program yang dinamakan sebagai Ilham Seni Warisan Melaka bersempena dengan Mesyuarat Agung GAPs 2014. Program ini juga diadakan bersempena dengan Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014. Beberapa minggu sebelum itu Ilham Warisan telah diwarwarkan melalui facebook dan telah mendapat sambutan menggalakkan dari pelukis-pelukis di negeri-negeri seluruh Malaysia. 




Ilham Seni Warisan Melaka telah berlangsung pada 13 - 15 Jun 2014 dibeberapa lokasi di negeri Melaka. AJK Kumpulan Pelukis Melaka yang diketuai oleh Zaini Aman  telah bertungkus-lumus beberapa minggu sebelum itu bagi memastikan program berjalan lancar. Semua pelukis dari semua persatuan negeri telah berkumpul di Asean Heritage Residence, Bukit Serindit (tempat penginapan) pada 13 Jun. 

 Zaini Aman memberi taklimat

Diskusi seni di Asean Heritage Residence

Program dimulai dengan diskusi seni pada malam hari pertama dengan Zaini Aman memberi taklimat program diikuti pada hari dedua dengan program melukis pleinair di Dataran Sungai Melaka, Menyusur Sungai Melaka dengan River Cruise dan lawatan ke Hang Tuah Centre. Program hari kedua  di Dataran Sungai juga dipenuhi dengan acara pertandingan melukis bagi pelajar IPT serta bengkel pualaman yang disertai oleh pelajar sekolah. TYT Tun Khalil Yaakub telah sama-sama berada di Dataran Sungai bagi memeriahkan Ilham Seni Warisan Melaka 2014. 


 Di Dataran Sungai: Mahmud Mat (PESENI)

Rudy Hazrin (Perlis)

Salleh Ismail (Perak)


 Melukis potret

 Pertandingan melukis pelajar IPT

Tun Khalil Yaakub melihat hasil pualaman

 Pertandingan melukis pelajar IPT

Pelajar UiTM

Melukis di Dataran Sungai

 Hasil bengkel pualaman

A. Zaki Hadri (Pengerusi pelukis muda GAPs)

 Live potrait





 Menyusur Sungai Melaka

  Menyusur Sungai Melaka dengan River Cruise

Pada malamnya Mesyuarat Agung GAPs berlangsung di Aditorium Hang Tuah Centre, PERZIM. Pada hari ketiga pula pelukis-pelukis bersantai di pesisir Sungai Melaka sambil melakar, melukis dan merakam foto. 

 Hang Tuah Centre


Shaimy Hashim YDP GAPs selepas Mesyuarat 
Agung di Hang Tuah Centre







Posted by: Salleh Ismail


Thursday, July 3, 2014

MESYUARAT AGUNG GAPs KALI KE 7

GAPs mengadakan Mesyuarat Agung GAPs Kali ke7 pada 14 Jun 2014, jam 9 malam bertempat di Auditorium Hang Tuah Centre, Duyung, Melaka. Mesyuarat diadakan di Melaka bersama program Ilham Seni Warisan yang dianjurkan oleh Kumpulan Pelukis Melaka bersempena dengan Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014.


Semua perwakilan yang mewakili persatuan pelukis negeri telah hadir. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj Khamis b. Abas, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Mesyuarat yang berlangsung kali ini tidak mengadakan pemilihan jawatankuasa baru kerana pemilihan akan diadakan pada tahun 2015.






AJK dan perwakilan yang hadir


YDP GAPs memberi ucapan

AJK dan perwakilan

AJK dan perwakilan


Ucapan perasmian oleh Ybhg. Datuk Khamis

Penyampaian cenderamata dari GAPs

Cenderamata dari Kumpulan Pelukis Melaka

Penyampaian cenderamata oleh Zaini Aman, Ketua 2, 
Kumpulan Pelukis Melaka

Mesyuarat bermula








Posted by: Salleh Ismail


Tuesday, May 27, 2014

BERAKIT SUNGAI PAHANG : DARI BERA KE CHENOR


Air Sungai Pahang yang mengalir tenang pada pagi 16 Mei 2014 telah menghanyutkan rakit-rakit buluh yang membawa muatan aktivis-aktivis seni yang sedia menggarap apa sahaja yang terlihat di pesisir sungai melalui imej-imej kanvas dan lensa kamera. Semua yang dilihat, didengar dan dirasa akan dipersembahkan kepada audian yang sedia menunggu di tebingan sungai di Chenor.

Peristiwa yang berlaku ini telah di rancang oleh SENIKA dengan kerjasama GAPs dan kerajaan negeri Pahang dengan acara Berakit Sungai Pahang bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bermula pada 15 Mei hingga 17 Mei 2014. Peserta-peserta akan berakit dari Temerloh hingga ke Chenor sambil merakamkan panorama yang ada dapat ditemui sepanjang laluan. Karya-karya akan dipertandingkan pada hari terakhir di Chenor.



Malam pertama: Berkumpul di Temerloh


Meyiapkan rakit



Selfie YDP GAPs dengan rakit-rakit


Rakit-rakit yang bersedia di tebingan Sungai Pahang



Awal pagi: Bergerak memulakan perjalanan





 Acara selingan




 Pameran di akhir perjalanan


 Tempat pertama









Foto: Shaimy Hashim
Posted by: Salleh Ismail


Wednesday, May 21, 2014

PIOR PERAK DI ARTISERI GALLERY



Artiseri Gallery di ruang legar Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur telah mempamerkan karya-karya pelukis Perak yang bertemakan PIOR PERAK mulai 15 Mei hingga 29 Mei 2014. Pameran ini merupakan pameran anjuran Persatuan Pelukis Perak dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia (GAPs). 



Untuk  maklumat lanjut sila KLIK SINI




Posted by: Salleh Ismail



Wednesday, April 30, 2014

EKSPLORASI TASIK PEDU

Tasik Pedu yang asalnya dikenali sebagai Kolam Air Pedu terletak di Daerah Padang Terapdan jaraknya lebih kurng 90 km dari Alor Setar. Di sini terdapat beberapa buah resort yang sesuai untuk para pencinta alam dan pelukis untuk meneroka keindahan alam ciptaan Tuhan.

Angkatan Pelukis Kedah telah berjaya membawa 18 pelukis ke program Eksplorasi Tasik Pedu yang berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 25 hingga 27 April 2014 yang lalu. Sebahagian pelukis adalah terdiri daripada ahli gabungan dalam Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) disamping ahli APK sendiri. 

Selama berada di Tasik Pedu, pelukis-pelukis telah dapat merakamkan  flora  di pesisir tasik, riak-riak di permukaan air dan pelbagai objek alam serta objek buatan manusia di sekitar. 











Posted by: Salleh Ismail