Thursday, January 8, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan GAP's

Semalam, terima panggilan dari SU Agung menyatakan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua GAP's akan diadakan pada 24 haribulan... maklumat lanjut akan dimaklumkan. Hidup GAP's!

Ermm.. hari ini (8 Jan 2009) dah terima Notis Mesyuarat Agung Kedua Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia dengan ketetapan berikut:-

Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium, Taman Budaya Pahang,Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang.

Sukacita juga dimaklumkan, dengan kerjasama JKKN Pahang, setiap negeri disediakan sebuah bilik penginapan.

Pengerusi/Setiausaha Badan Gabungan diminta menghantar Laporan Kegiatan Tahunan dan Senarai Ahli Jawatankuasa Terkini untuk pengisian Laporan Tahunan GAP's sebelum 15 Januari 2009.

Setiap Badan Gabungan juga diminta menghantar seramai 5 orang perwakilan termasuk Pengerusi.

ATUR CARA:

24 JANUARI 2009
12.00 tengahari Perwakilan mendaftar dan masuk ke bilik penginapan
di Hotel Seri Malaysia, Kuantan

8.30 malam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kedua
Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia oleh
YB Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Mamat
EXCO Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Pahang

Makan Malam

Mesyuarat Agung Bermula

25 JANUARI 2009
8.00 pagi Melukis Spontan di luar (Teluk Chempedak / Tg. Lumpur)
12.00 tengahari Daftar Keluar Hotel dan bersurai.

Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009. Kedua-duanya merupakan tanda aras yang menentukan masa. Ianya juga sebagai satu peringkat yang mengukur tahap kematangan ataupun kekuatan kita. Tiap yang kuat ada lemahnya, tiap yang mula ada akhirnya. 2008 telah berlalu meninggalkan kita, kini 2009 terbentang di hadapan sebagai cabaran buat kita meneruskan perjuangan. Apakah kita akan terus leka atau terpesona dan melihat sahaja?

Ada sms menarik dari Naib YDP GAPs, Y.Bhg. Dato' Mahsun Taib "Selamat Tahun Baru. Rahmat bersamamu. Melukis tak jemu. Ilham datang menderu. Pameran selalu. Jualan laku. Anak tak putus susu. Isteri tak berwajah sayu. Perut pun tak miss soru. Salam sr Mahsun"

Sms dari Penolong SU pula " Manusia itu semuanya mati, kecuali orang yang berilmu. Orang yang berilmu itu semuanya tidur, kecuali yang beramal. Orang yang beramal itu semuanya tertipu, kecuali yang ikhlas, dan orang yang ikhlas itu sentiasa dalam kebimbangan...

dan penutupnya... pikirlah sendiri...