Monday, November 22, 2010

PELUKIS BERTEMU DAN BERKARYA.

Senika telah memutuskan tarikh program pada 23 ( khamis ) hingga 26 ( ahad ) disember 2010.

Program anjuran bersama Kerajaan negeri Pahang , Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri Pahang dan SENIKA ini mengutamakan ahli Senika dan anak negeri Pahang. Begitu pun beberapa tetamu yang terdiri dari wakil Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia akan turut diundang bagi memeriah dan memanjangkan makluman program kepada rakan pelukis di seluroh negara.

Pertemua selama empat hari tiga malam ini akan di adakan di Semuji Resort Gambang. Sewaktu berada di resort, pelukis yang terlibat akan berkarya sepuas hati besama-sama di dewan yang akan disediakan. Hanya sebuah lukisan setiap seorang dipilih untuk di pamerkan pada 26 Disember di Galeri Pantai Timur Kuantan.

(Sebagai makluman pelukis yang terpilih dan terlibat perlu menyediakan semua peralatan yang diperlukan).

butiran selanjutnya bole3h menghubungi senika.

Telipon pejabat; 09 5144021 dan telipon binbit 013 9578731.

Lama tak bertemu.


Alhamdullilah satelah sekian lama tidak menjenguk di blog, hari ini bertemu kembali.

Banyak perkara yang hendak diceritakan, tapi buat kali ini memadai ucap salam yang masih belum terlambat, Selamat hari raya korban.

Sejak berita ekspidisi Endau Rompin , pamerannya Endau rompin mac-april dan pameran lagi di Danga City Mall 31 oktober., melukis di Macedunia pada Julai 2010 tiba-tiba terhenti disambar Face Book.

Selepas ini akan di cuba memuatkan berita dan gambar-gambar yang dapat dikongsi bersama.

Sekian dulu.

Terima kasih.

Monday, January 11, 2010

Kini Galeri Rajawali ada di Temerloh.






















Pukul 12.30 kerja menyiapkan dokomentasi Pameran Endau Rompin terpaksa di hentikan. Raduan kena balik ke KL bersama keluaganya. Aku menumpang beliau ke Temerloh. Di Gambang kami berhenti makan di R&R Gambang. Dr. Ali dan Abu Yusof sedang makan ketika kami sampai.Selepas sembahyang kami sama ke Temerloh dan sampai di majlis perasmian Galeri Rajawali lebeh kurang jam 3 petang. Zakaria Adam menyambut kami.
Suasana Majlis sangat meriah dan ceria. Orang ramai begitu teruja manakala pelukis -pelukis Rajawali sedang giat dengan aktiviti mereka. Ada yang melukis, membuat khat, lakaran kartun, pasir jodan dan himpunan karya yang bebagai gaya . Ada potret, lanskap, abstrak, keraf tangan pendek kata berbagai jenis. Aku dapat jumpa kawan lama dalam DPMP. Hashim Zabidi, Nazri Sham, dan rakan puisi. Sewaktu ralik melihat karya aku di tegur oleh Dato,' Shafik Fauzan Exco Pelancungan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang.
Dalam perbualan YB. mencadangkan supaya diadakan pameran dan pertandingan identiti Pahang dan meminta kertas kerja di buat dan diserahkan pada majlis makan mesra bersama pelukis sambil membincangkan kertas kerja untuk mengambil keputusan. Dalam ucapan perasmian beliau mengaku bidang seni tampak mempunyai masa depan yang baik dan akan berusaha untuk memberi sokong membantu.
Turut hadir di majlis itu Dr. Najd Dawa yang bakal menjadi pengarah Aswara di Melaka. Aku segan nak dekat beliau bimbang dia tak kenal sebab waktu di BSLN dia tak pernah menyapa ialah saperti orang tak kenal., jadi lebeh baik aku jauh diri dari malu muka orang tak kenal kita . Sekarang beliau sudah dapat dato. Taniah.
Majlis dimeriahkan lagi dengan puisi dan lagu puisi. Lembut , keras dan tajam. Nampaknya YB. ok. Aku suka puisi Nazri Sham .
Lebih baik jadi kerbau dari jadi orang gila.
Kalau jadi lembu orang kata bodoh macam lembu
kalau kucing, macam alim kucing
tak nak jadi anjing takut jadi anjing kurap
kalau jadi B.. A... b... I, nanti kena H1N1
kerbau walaupun berlumpor, tapi kulit hitam juga
kalau ada yang balau meragut tetap bersama
kalau tak nak jadi kerbau, apakata jadi katak
boleh melompat lompat
tapi tak nak jadi orang Melayu gila macam kata ustaz.
Majlis di akhiri dengan celoteh Piyan Habib kenangannya bersama Pak Sako dan penyampaian pertandingan lukisan kanak.
Selepas mengucapkan tahniah kepada Rusmadi dan rakan kongsinya, aku minta diri untuk pulang ke Kuantan. Aku Menumpang kereta Amei. Selesa kereta kuning emas, perdana.
Semoga orang Temerloh Khasnya pelukis mengambil peluang dengan kewujudan Galeri Rajawali. Oh ya! Osman lImat paling sibut kerana menyiapkan karya berharga rm 12 ribu. Waaa. Kita di Kuanta tunggu orang belanja makan. ok.

Raduan datang buat kerja..............




Assalammualaikum!


Ni nak beritahu. 9 jan 2010, Norudin P.S/U datang kat Kuantan buat kerja menyusun gambar-gambar karya dan frofil peserta GAP,s yang telibat dengan Pameran Lukisan Endau Rompin. Masih ada yang tak menghantar nya. Oleh itu kerja pendokumentasian tersekat untuk menyiapnya dan setelah berbincang, diberi lagi masa seminggu untuk menyempurnakan pada yang belum menghantar butiran yang di perlukan. Sila berurusan terus dengan saudara Raduan tel no. o13 5076493 / o3 2288766 ( pej ). Email: raduanordin@gmail.com atau facebook Raduan Norudin.

Tuesday, December 8, 2009

PERSATUAN SENI DI KUANTAN KIAN LESU.


Sejak 2006 persatuan yang terlibat dalam bidang seni mula terasa lesu tidak saperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau tahun sebelumnya persatuan amat giat dan sentiasa dilibatkan dalam berbagai program yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan badan saparuh kerajaan khasnya Jabatan Kebudayaan, kesenian dan pelancungan ( ketika itu ), kini sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak ada lagi program bersama .
Bertambah kecewa bila Majlis Kebudayaan Negeri ( MKN ) yang menjadi badan induk kepada persatuan seni, kebudayaan dan warisan lansung tidak dapat memainkan peranannya untuk menggerakkan persatuan. Sepanjang tahun 2007 hingga 2009 hanya dua kali mesyuarat dapat diadakan itu pun tanpa YDP ( Esko Kebudayaan ). Nampaknya Esko Kebudayaan negeri tidak berminat untuk menjalankan tanggongjawab beliau dan tidak bertanya khabar nasib persatuaan.
Timbul kehairanan, mengapa beliau menerima pelantikan tersebut. Apakah MENTERI BESAR Pahang pakai lantik saja tanpa menilai minat dan kebolehan esko dan memantau sepanjang pelantikan samaada esko tersebuk memainkan tanggungjawab mereka. Kalau beginilah keadaannya tak terfikir kah resah gelisah mereka yang bergiat dalam bidang seni? apakah orang seni dan persatuan mereka sedikit pun tidak terasa penting kepada kerajaan. Mungkin kerajaan tidak memerlukan undi mereka kerana mereka bukan raayat....
Rasanya puas sudah memberi tahu dan memohon supaya pihak yang berwajid dapat mengembalikan kemeriah seni saperti dulu di Pahang.
Selaku penggiat seni yang telah melibat diri di Pahang hampir dua puloh lima tahun penilaian yang dibuat berdasarkan pengalaman dan kebenaran. Mohon menteri keseniaan, kebudayaan dan warisan campor tangan sebelum luka seniman bertambah parah. Jangan sampai seniman juga terpaksa berarak di khalayak terbuka. Janganlah sampai orang seni terpaksa meminta PM sendiri untuk membetulkan keadaan. Fikir-fikirkan lah. Jangan biar luka bertambah dalam.

Seniman sayang negeri.
.

Monday, December 7, 2009

YDP GAP,s UZUR


Hari ini saya mendapat panggilan talipon dari YM. Dato' Engku Alaudin Engku Majid. Beliau memaklumkan bahawa sakit pinggang yang dihadapinya datang kembali dan kini terpaksa menggunakan tongkat berkaki empat dan tidak mengizinkan berjalan saperti bisa. Beliau juga tidak berupaya memandu kereta.
Pada 15 disember ini beliau terpaksa menjalan pembedahan sebagai usaha merawat penyakitnya itu. Kepada badan gabungan dan AJK yang mempunyai kelapangan waktu dan berkebetulan berada di Shah Alam bolehlah melawat beliau dan marilah bersama-sama mendoakan semoga beliau segera sembuh dan segera sihat saperti biasa.

Monday, November 9, 2009

PAMERAN ENDAU ROMPIN

GAP's telah dimaklumkan bahawa pameran akan diadakan pada 6 hingga 15 mac, 2010. Setia usaha telah pun menghantar surat kepada semua peserta agar dapat menghantar gambar karya, ukuran bahan, harga untuk dibawa dalam mesyuarat pada januari, 2010 . Tarikh akhir pada 31 disember, 2009. Pada yang gagal menghantarnya dikira tidak berminat menyertai pameran.
Pada mesyuarat nanti akan diputuskan tarikh penghantaran karya yang dijangka dua minggu dari tarikh pameran. Juga akan dimaklumkan tempat penghantaran dan pameran.
Di harap persatuan negeri yang menghantar penyertaan dapat memastikan perkara di atas agar segala urusan erjalan lancar.
Kepada saudara Redzuan ( penolong s/u ) dapat membantu mendokumentasikan semua karya peserta yang terdapat dalam komputer.
Semoga bersaja.