Saturday, December 7, 2013

PIOR PERAK: Ipoh Drawing Marathon 2013





Kinta Riverfront dibanjiri pelukis-pelukis  tersohor dan pelukis-pelukis muda yang datang dari seluruh negara dan pelukis dari luar negara. Mereka berhimpun selama dua hari dua malam di pesisir Sungai Kinta untuk menyertai program Ipoh Drawing Marathon 2013 anjuran Persatuan Pelukis Perak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs). Program ini diadakan bersempena 1 Malaysian Contemporary Art Tourism 2013 (1MCAT).

Untuk maklumat lanjut sila KLIK SINI




Posted by: Salleh Ismail

Tuesday, November 26, 2013

PAMERAN PERCIKAN JIWA

GAPs dengan kerjasama The Annexe Gallery dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan  Malaysia telah mengadakan pameran visual di Annexe Gallery, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur pada 21 hingga 27 September 2013 yang lalu. Pameran yang bertemakan 'Percikan Jiwa' telah berjaya mempamer lebih daripada  80 karya yang dihasilkan oleh 38 pelukis dari seluruh negara yang telah menyertai program Percikan Geting di Kg. Geting, Tumpat, Kelantan pada 29 Jun 2013. Untuk maklumat Percikan Geting KLIK SINI. Pameran ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia. 

Kesemua karya adalah berupa cetusan rasa yang diinspirasikan dari lakaran wajah-wajah Geting yang digarap sehari suntuk di perkampungan nelayan Geting lalu  dipindahkan  pada kertas dan kanvas. Pelukis-pelukis mengemukakan catan dalam bentuk naturalistik dan abstrak dengan pelbagai media saperti cat air, cat minyak, akrilik dan batik. Ada  juga pelukis yang menggunakan bitumin sebagai media.





Persiapan pameran 

Persiapan pameran

Majlis perasmian 

 Ucapan perasmian

 Ybhg. Dato' Azizan  menyapu cat pada kanvas
sebagai gimik perasmian

 Hamidon Ahmed, action painting

Penyampaian cenderamata

 Hj. Muhamad Jusoh menerangkan karyanya

 Pengunjung pameran

 Lawatan ke pameran

Kumpulan keroncong pelukis Jalan Conlay
memeriahkan acara





Posted by: Salleh Ismail


Friday, October 4, 2013

1MCAT KUANTAN - FESTIVAL SENI VISUAL PAHANG



 

Ucapan Majlis Perasmian oleh YB. Dato’ Haji Mohd 
Sharkar b. Hj. Shamsuddin,Exco Pelancongan 
dan Kebudayaan Negeri Pahang

14 September  2013 bertempat di  Meranti Ballroom Hyatt Regency Kuantan 11 pagi , Majlis Perasmian 1 MCAT Kuantan 2013 dan Festival Seni Visual Pahang telah dilakukan oleh YB Dato’ Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsuddin, EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
  

          Haned Masjak,  Ketua Pengarah BSVN.




Penyampaian cenderamata

Dalam majlis tersebut juga diadakan pameran seni lukis hasil karya 40 orang pelukis dari seluruh Negara yang merupakan ahli Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia (GAP’s).Karya yang berbagai saiz dan dilukis dalam berbagai media telah digantung di dinding utama dan sebahagiannya diletakkan pada ‘easel’ sekeliling dewan itu memeriah majlis perasmian kerana peminat seni lukis yang menghadiri majlis itu begitu teruja apalagi bila berkesempatan bertemu dengan pelukis yang rata-rata hanya mengenali nama tidak tuannya secara langsung selama ini. Dengan itu tercapai hasrat 1 MCAT untuk membawa karya seni lukis kepada masyarakat secara terus. Pameran ini terbuka sehingga 21 Se ptember 2013.
                
       
    

Dalam ucapan aluan Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara Kuala Lumpur , En.Haned Masjak bahawa : 1 MCAT ialah 1 Malaysian Contemporary Art Tourism yang mula diperkenalkan tahun 2010 oleh Kementerian Pelancongan ketika itu telah menjadi satu produk pelancongan yang memberi pulangan ekonomi yang sangat besar. Banyak sudah lukisan kontemporari Malaysia sudah terjual dan telah menembusi pasar antarabangsa dengan nilai jutaan ringgit Malaysia.

Manakala dalam ucapan perasmian , YB Dato’ Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsudin telah mencadangkan akan semua agensi kerajaan membeli lukisan pelukis tempatan untuk menjadi hiasan di pejabat masing-masing. Baginya inilah salah satu cara untuk membantu perkembangan seni lukis tempatan.

 Apa yang lebih menarik perhatian tetamu dalam majlis itu, apabila pengelola program iaitu GAP’s telah  menyelitkan dengan lukisan aksi oleh pelukis Dato’ Mhasun Taib dengan iringan Tarian Pelanduk oleh Kumpulan Penari JKKNP dibawah pimpinan Kreografer Tari terkenal Pahang iaitu cikgu Shaari Osman.



1 MCAT Kuantan 2013 turut mejayakan Festival Seni Visual Pahang di Dataran Telok Chempedak pada petang 14 Sept 2013 dan pagi 15 September 2013. Dalam festival ini diadakan dua pertandingan melukis terbuka Malaysia iaitu Pertandingan Potret Model dan Pertandingan Panorama Telok Chempedak. Penyertaan bagi kedua-dua pertandingan seramai 42 orang yang terdiri dari pelukis dari seluruh Negara dan pelajar IPTA/S.

    




 Keputusan pertandingan melukis panorama Telok Chempedak telah dimenangi , tempat pertama En Marzuki Muhamad PESENI Kelantan, kedua Fairuz Suparman Negeri Sembilan, ketiga Amin Hadarih UiTM Shah Alam, manakala hadiah saguhati dimenangi oleh Ismail Atan SERUPA johor, Abu Zaki Hadri Pelukis Perak, Mohd Fadli Hj Bahari Negeri Sembilan,Osman Saidin Kedah , Mohamad Saribunis b Mohd Sakri SENIKA Pahang.
           
 Manakala pertandingan melukis potret model dimenangi , tempat pertama Hamidon Ahmed Pelukis Perak, kedua Mohd.Fadli Hj Bahari Negeri Sembilan , ketiga Mohd Riduan Mat SENIKA Pahang, saguhati  dimenangi oleh Marzuki Muhamad PESENI Kelantan, Jefry Ahmad PERUPA, Fairuz Suparman Negeri Sembilan, Mohd Rashidi Jaafar SENIKA Pahang dan Hasman Razak PSVS Sabah.

Hadiah-hadiah berupa wang tunai tempat pertama RM1,000.00, kedua RM 700.00, ketiga RM500.00 dan saguhati RM 150.00 seorang yang telah disampaikan oleh En. Hasryn Izzuddin b Khairy , Pengarah JKKNP dalam majlis penutup program jam 4.00 petang 15.Sept 2013.


Dalam majlis penutup , Yang Dipertua GAP’s En.Mohd Shaimy Hashim melahirkan rasa gembiranya diatas kehadiran semua pelukis dari negeri-negeri yang menjadi ahli gabungan GAP’s. Manakala Pengarah JKKNP mengucapkan terima kasih kepada semua pelukis sudi berkumpul di Pahang dan mengharapkan Telok Chempedak menjadi inspirasi kepada semua pelukis.


Dari setiausaha GAP’s- Pn Hasnah Yusoff



·          



Friday, July 19, 2013

PAMERAN 1MCAT 2013



Pelukis-pelukis GAP's telah menyertai pameran bersempena Pelancaran 1 Malaysia Comtemporary Arts Tourism  bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 8 Julai 2013. Seramai 40 orang pelukis dari persatuan-persatuan pelukis negeri yang bergabung dengan GAP's telah menghantar karya mereka untuk  dipamerkan bersempena majlis pelancaan 1MCAT yang disempurnakan oleh YBDato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

 Menyususn sejarah GAP's


PERSIAPAN PAMERAN






 Sebahagian  pelukis yang menyertai pameran


PAMERAN DI RUANG LEGAR



 YB Dato' Seri Nazri  malawat pameran



Posted by: Salleh Ismail

Sunday, July 14, 2013

PERCIKAN GETING - MCAT 2013



GAP's dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) dan Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan program melukis outdoor yang dikenali sebagai Percikan Geting pada hari Sabtu 29 Jun 2013 di Kg. Geting, Tumpat. Program ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung GAP's kali ke 6 yang berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun2013. 

GAP's telah menjemput 5 orang peserta dari setiap persatuan gabungan diseluruh negara. Semua persatuan negeri menghantar peserta kecuali Sarawak. Seramai 50 pelukis yang mewakili persatuan pelukis di negeri masng-masing telah mendaftar di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu bermula dari tengahari Jumaat 28 Jun. Ada juga yang tiba di penginapan pada lewat malam kerana perjalanan yang jauh dan tersesat jalan.

Program bermula pada pagi Sabtu 29 Jun, selepas sarapan. GAP's telah menyediakan sebuah bas yang akan membawa peserta ke Geting yang jauhnya lebih kurang 20 km. Namun begitu ada peserta yang pergi ke sana dengan kenderaan sendiri. Perjalananke Geting mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui Tumpat, Pantai Seri Tujuh dan kampung-kampung sekitar. 

Semua pelukis berkumpul di Pusat Memproses Ikan Bilis, Geting. Setelah diberi taklimat ringkas oleh Ismail Kadir, semuanya bergerak ke lokasi pilihan d sekitar Kg. Geting. Lokasi disini menyediakan hal benda yang sangat menarik untuk dijadikan lakaran dan dipindahkan pada  kanvas. Pelukis ramai bertumpu di sekitar Jeti Pusat Memproses Ikan Bilis berhampiran dengan khemah. Ada jua yang mengambil gambar dan melukis di bawah khemah sahaja. Ini mungkin disebabkan cuaca pada hari itu sangat panas.  

YB Dat' Mej (B) Hj Md.Anizam b. Abd. Rahman, Exco Kebudayaan, Pelancungan dan Warisan Negeri Kelantan telah hadir bertemu pelukis di Kg. Geting pada tengahari itu. Program berlangsung hingga jam 5 petang. Peserta bertolak balik kepenginapan dengan bas dan akan terus menyiapkan karya untuk diamekan pada hari Ahad 3 Jun sempena Mesyuarat Agung GAP's.

Semua pelukis akan menghasilkan karya yang kemudiannya akan dipamerkan pada 21 - 27 September 2013 di Center Market, Kuala Lumpur bersempena MCAT 2013.




Pelukis bersama Exco Kebudayaan,
Pelancungan 
dan Warisan Negeri Kelantan


 Nazri (SENIKA)

Bot yang berlabuh sebagai hal benda

Ismail Kadir (PESENI)






Lagi maklumat sila KLIK di bawah





Posted by: Salleh Ismail





Thursday, July 11, 2013

Catatan Lama: EKSPRESI KARYA LEMBAYONG UTARA


GAP's dengan kerjasama Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA) telah mengadakan program Ekspresi Karya Lembayong Utara di Alor Setar.

Program ini telah pun berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK) pada 27 hingga 29 April 2012. Seramai 40 peserta terdiri daripada ahli Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA), Persatuan Pelukis Perak (PELUKIS Pk), Persatuan Pelukis Perlis serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jitra, SMK Alor Janggus dan SMK Tengku Abdul Malik telah berkampong di Kompleks JKKNK. 

Untuk maklumat lanjut sila KLIK alamat di bawah:

http://susurdenai.blogspot.com/2012/05/ekspresi-karya-lembayong-utara.html

MESYUARAT AGUNG GAP's KALI 6



Mesyuarat Agung GAP's kali 6 telah berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun 2013, bermula jam 9 pagi. Semua perwakilan dari persatuan negeri yang bergabung dengan GAP's  telah hadir kecuali Sarawak. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj. Md. Anizam b. Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancugan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan. 



 Ucapan aluan  Pengerusi PESENI
Hj. Muhamad Jsoh

 Ucapan YDP Mohd. Shaimy Hashim

 Ucapan perasmian Exco Pelancungan, 
Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan

 Perwakilan yang hadir

Setiausaha mengendalikan majlis

 Perwakilan yang hadir

 Penyampaian cenderamata



 YDP mempengerusikan mesyuarat

 Pengerusi Biro Pelukis Muda GAP's
Abu Zaki Hadri



Mesyuarat telah memilih jawatankuasa baru bagi tahun 2013 - 2015. Jawatankuasa yang dipilih adalah seperti berikut:

Yang Dipertua:              
Mohd. Shaimy Hashim
Naib Yang Dipertua I:    
Dato' Mahsun Taib
Naib Yang Dipertua II:   
Hamidon Ahmed
Ahli Jawatankuasa:
Salleh Ismail
Mohd. Fadli Hj Bahari
Rozita Abd. Rashid
Ramli Harun
Pengerusi Biro Pelukis Muda GAP's:
Abu Zaki Hadri
Pemeriksa Kira-kira:
Munif Muhamad Nor
Hj. Mahmood Mat

Semua pengerusi  persatuan peluks negeri secara automatik akan menjadi AJK yang mewakili negeri masing-masing

Jawatankuasa 2013 - 2015


Posted by: Salleh Ismail