Sunday, July 14, 2013

PERCIKAN GETING - MCAT 2013



GAP's dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) dan Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan program melukis outdoor yang dikenali sebagai Percikan Geting pada hari Sabtu 29 Jun 2013 di Kg. Geting, Tumpat. Program ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung GAP's kali ke 6 yang berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun2013. 

GAP's telah menjemput 5 orang peserta dari setiap persatuan gabungan diseluruh negara. Semua persatuan negeri menghantar peserta kecuali Sarawak. Seramai 50 pelukis yang mewakili persatuan pelukis di negeri masng-masing telah mendaftar di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu bermula dari tengahari Jumaat 28 Jun. Ada juga yang tiba di penginapan pada lewat malam kerana perjalanan yang jauh dan tersesat jalan.

Program bermula pada pagi Sabtu 29 Jun, selepas sarapan. GAP's telah menyediakan sebuah bas yang akan membawa peserta ke Geting yang jauhnya lebih kurang 20 km. Namun begitu ada peserta yang pergi ke sana dengan kenderaan sendiri. Perjalananke Geting mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui Tumpat, Pantai Seri Tujuh dan kampung-kampung sekitar. 

Semua pelukis berkumpul di Pusat Memproses Ikan Bilis, Geting. Setelah diberi taklimat ringkas oleh Ismail Kadir, semuanya bergerak ke lokasi pilihan d sekitar Kg. Geting. Lokasi disini menyediakan hal benda yang sangat menarik untuk dijadikan lakaran dan dipindahkan pada  kanvas. Pelukis ramai bertumpu di sekitar Jeti Pusat Memproses Ikan Bilis berhampiran dengan khemah. Ada jua yang mengambil gambar dan melukis di bawah khemah sahaja. Ini mungkin disebabkan cuaca pada hari itu sangat panas.  

YB Dat' Mej (B) Hj Md.Anizam b. Abd. Rahman, Exco Kebudayaan, Pelancungan dan Warisan Negeri Kelantan telah hadir bertemu pelukis di Kg. Geting pada tengahari itu. Program berlangsung hingga jam 5 petang. Peserta bertolak balik kepenginapan dengan bas dan akan terus menyiapkan karya untuk diamekan pada hari Ahad 3 Jun sempena Mesyuarat Agung GAP's.

Semua pelukis akan menghasilkan karya yang kemudiannya akan dipamerkan pada 21 - 27 September 2013 di Center Market, Kuala Lumpur bersempena MCAT 2013.




Pelukis bersama Exco Kebudayaan,
Pelancungan 
dan Warisan Negeri Kelantan


 Nazri (SENIKA)

Bot yang berlabuh sebagai hal benda

Ismail Kadir (PESENI)






Lagi maklumat sila KLIK di bawah





Posted by: Salleh Ismail





No comments: