Tuesday, June 9, 2009

Gambar kenanganSenika kini & dulu







































































































































Tajuk-tajuk gambar- ikut turutan
1. Telok Chempedak 2. Taman Kerang 3. Aktiviti Taman Kerang 4. Lukisan-Jalan Mahkota
5. wakil SENIKA di Mesyuarat AJK GAP's 6. Ekspedisi Lakar ENDAUROMPIN 7. Aktiviti tELOK Chempedak 8. Pameran Titik Temu di Galari Pantai Timur 9. Potret 10. Fauna Royal Belum 11. Program bersama IKIP 12. Aktiviti Telok Chempedak 13. Pemenang Ekspresi Merdeka 15. Aktiviti Taman Kerang.
AJK SENIKA
1. pENGERUSI - Mohd. Shaimy b. Hashim 2. Naib Pengerusi - Nik Azaha b. Hj Awang 3. Setiausaha - Hasnah bt Yusoff . Pen. Setiausaha - Nurul Aspalina bt Ibrahim 4. Bendahari - Saedah bt Md.Shariff 5. AJK - Hj Osman b. Limat, Mohd. Tarmizi b. Kamaludin , Ramali b. Ngah, Harif b. Talib. Ifhammuddin b. Muhamad, Engku Kamalol Kholiod b. Engku Kamarudin, Md.Noh b. Abdul Majid., Munif b. Muhamad Nor, Ruslan b. Khalid. 6. Pemeriksa Kira-Kira- Hamidah bt Md. Noh dan Norazita bt Abdullah
AJK Pameran
1.Pengerusi -Mohd. Shaimy b. Hashim
2.Urusetia -Hasnah bt Yusoff
3.Kewangan- Saedah bt Md.Shariff
4.Dokumentasi- Rusmadi b. Kamaludin
5.Pameran -Munif b. Muhamad Nor
6.Pengangkutan / Pemasangan-Ruslan Khalid & Hassan Rafik
7. Bengkel- Nik Azahar b. Hj Awang






SENIKA 23, Kuantan kini & dulu


Pada 11 jun ( khamis ) hingga 14 ( ahad ) 2009 ini di ECM Kuantan, Senika akan mengadakan Pameran sempena menyambut 23 tahun penubuhannya. Pameran adalah anjuran Senika dengan JKKWNP dengan kerjasama ECM.
Tema Kuantan kini & dulu memberi peluang kepada pelukis melahirkan pandangan atau luahan perasaan dengan menggunakan media tampak. Tentunya akan muncul gambaran silang yang melahirkan kembali nostagia terutama kepada generasi yang menempuhnya. Watak kehidupan dan objek yang mewakili Kuantan dapat dijadikan panduan atau perbanding kini & dulu.

Di jemput pada pelukis dalam dan luar negeri, peminat dan orang ramai untuk bersama memeriahkan program Senika disamping dapat melihat sumbangan dan peranan pelukis.
Akan di adakan persembahan melukis pemandangan , potret spontan danjualan.

Pendaftaran ahli baru, pembayaran yuran keahlian boleh dibuat dalam tempoh pameran.

Banyak perkara yang boleh diperkatakan kerana dalam masa yang panjang dan telah pun berlalu lama di belakang kita, maklumat zaman banyak telah musnah dan ada yang tak pernak direkodkan. Sumbangan kecil pameran ini bolehlah sedikit sebanyak sempat merakam satu perjalanan.

Monday, June 1, 2009

pameran seni cat air, Apresiasi seni & alam

di ruang legar Perpustakaan Sultanah Zanariah pada 16 mac -16 mei 2009 pameran bertemakan apresiasi seni dan alam telah pun diadakan. Iannya di anjur bersama oleh Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Johor ( Serupa ) dan Persatuan Seni Johor (JAS ) serta berjaya menghimpun 62 buah karya hasil pelukis tanah air yang berasal dari negeri Johor .

Menurut Kurator Pameran, Fakrul Zaman Mohd Sambas, pameran yang julong kali diadakan itu menghimpun karya yang berkisar tentang alam, figuratif, flora dan fauna.

Sebagai Badan Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia ( GAP's ) , SERUPA telah pun memainkan peranannya dalam usaha mengetengahkan idea yang penting untuk masyarakat yang mengaku sayang kepada alam. SERUPA yang ahlinya terdiri dari pelukis memilih tema apresiasi seni dan alam dan ianya adalah wadah yang boleh dikongsi bersama disamping menuntut masyarakat dan pihak yang berkaitan menilainya. " Umumnya seni merupakan luahan perasan, fikiran yang dihayati oleh seniman terhadap sesuatu kajadian yang ditempohinya".
Pelukis yang terlibat dalam pameran itu antaranya Sanip Lasman, Yahya Hassan, Aman Daud, Lew Min Seong dan Sojak Hassan. Pameran itu mendapat liputan meluas dan bolehlah merujuk kepada;
- 17 mac, 09 Utusan Malaysia ( Selasa )
- 18 mac, 09 Kosmo ( Rabu )
- 22 mac, 09 Utusan Malaysia
- Jan - mac o9, Buetin Perpustakaan Sultanah Zanariah ( Jilid 20 )
- 13 april, 09 Kosmo ( Isnin )
GAP's mengucapkan tahniah di atas usaha murni tersebut.

pameran seni cat air