Pada 11 jun ( khamis ) hingga 14 ( ahad ) 2009 ini di ECM Kuantan, Senika akan mengadakan Pameran sempena menyambut 23 tahun penubuhannya. Pameran adalah anjuran Senika dengan JKKWNP dengan kerjasama ECM.
Tema Kuantan kini & dulu memberi peluang kepada pelukis melahirkan pandangan atau luahan perasaan dengan menggunakan media tampak. Tentunya akan muncul gambaran silang yang melahirkan kembali nostagia terutama kepada generasi yang menempuhnya. Watak kehidupan dan objek yang mewakili Kuantan dapat dijadikan panduan atau perbanding kini & dulu.
Di jemput pada pelukis dalam dan luar negeri, peminat dan orang ramai untuk bersama memeriahkan program Senika disamping dapat melihat sumbangan dan peranan pelukis.
Akan di adakan persembahan melukis pemandangan , potret spontan danjualan.
Pendaftaran ahli baru, pembayaran yuran keahlian boleh dibuat dalam tempoh pameran.
Banyak perkara yang boleh diperkatakan kerana dalam masa yang panjang dan telah pun berlalu lama di belakang kita, maklumat zaman banyak telah musnah dan ada yang tak pernak direkodkan. Sumbangan kecil pameran ini bolehlah sedikit sebanyak sempat merakam satu perjalanan.
No comments:
Post a Comment