Monday, May 4, 2015

PAMERAN AMAL KITA RASAI

Pameran Amal Kita Rasai ini merupakan sumbangan ahli-ahli persatuan pelukis negeri yang bergabung dengan GAPs bagi menjayakan tiga matlamat utama iaitu mengumpul dana bagi membantu mereka yang terlibat dalam musibah banjir di penghujung tahun 2014 yang lalu. Keduanya memberi peluang kepada pelukis dan peminat seni melibatkan diri  merasai dengan memberi sumbangan dengan cara tersendiri. Ketiganya menggalakkan ahli-ahli berkarya.



YDP GAPs Shaimy Hashim,  Prof. Dato' Raja Zahabudin
dan Tn. Hj. Mohd. Said Abu Pengarah Galeri Shah Alam

 YDP GAPs: Ucapan aluan

 Antara tetamu yang hadir

Pameran ini berlangsung dari 6 April hingga 22 Mei 2015 bertempat di Galeri Shah Alam dan perasmiannya telah disemurnakan 19 April 2015 yang lalu oleh Ybhg. Prof Dato' Raja Zahabudin b. Raja Yaakob, Ahli Lembaga Yayasab Seni Selangor. Majlis perasmian turut dihadiri oleh sasterawan negara A Saman Said, Presiden APS Hassan Ghazali, Presiden Persatuan Seni Rua Malaysia (PERUPA) Aris Aziz, kartunis veteran Zainal Buang Hussein dan ramai lagi.
Ucapan perasmian 
Prof Dato' Raja Zahabudin

Tetamu yang hadir

Pameran ini unik kerana telah mempersembahkan kepelbagaian ragam karya dengan pelbagai hal benda serta media dan teknik yang dihasilkan oleh pelukis dari pelbagai latarbelakang geografi- dari utara, pantai timur, selatan, Sabah dan Sarawak. 

Kita Rasai mengajak semua lapisan masyarakat untuk sama-sama merasai pahit getir mangsa banjir tersebut dan sama-sama membantu dengan segala daya kerana sehingga kini ada diantara mereka masih tidak dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.


Melawat pameran


 Pameran di Galeri 1

 Pengunjung melawat pameran

Terdapat sejumlah 87 karya dari 87 orang pelukis seluruh Malaysia telah dipamerkan. Sepanjang pameran berlangsung beberapa aktiviti turut disusun bagi memeriahkan suasana Galeri Shah Alam. Bengkel melukis potret telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pelukis  Perak (PPP)  pada 12 April 2015 dengan hampir 100 penyertaan, manakala selepas majlis perasmian pada 17 April 2015 Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS dan Kumpulan Pelukis Negeri Melaka (PKNM) telah mengadakan program Bicara Seni dengan Dr. Rashidi Hasan dari UiTM Melaka sebagai ahli panel. Pada 26 April 2015 telah diadakan bengkel

Dr. Mohd. Rashidi Hasan ahli panel Bicara Seni


 Antara audian Bicara Seni

Bengkel cat air

 Ismail Kadir mengendalikan Bengkel Cat Air






Posted by: Salleh Ismail


No comments: