Petang , saya menerima pesanan ringkas dari saudara Alias Art Malysia menyataka Muhd Hasan telah kembali ke rahmatulah pada hari sabtu lepas 17
oktober2009. Untuk mendapat keyakinan, saya menalipon Tuan Haji Mat Nor ( Pelukis veteran N. Sembilan ) dan mengiakan berita sedih itu.
Saya jadi teringat beberapa pertemuan bersama allahyarham anataranya pada 27 Feb, 2009 di mana saya, Osman Limat dan Munif menghadiri aktiviti Persatuan pelukis Negeri Sembilan yang di adakan di Plaza Mains, Seremban ( rujuk blok GAP's bertarikh 27 feb, 09 ). Tidak di sangka rupanya hari itu adalah kali terakhir saya menemui alahyarham. Allahyaryam walaupun tidak berapa sihat kerana mengidap sakit buah pinggang dan kencing manis tapi allahyarham sangat aktif khasnya dalam menyokong kegiatan Persatuan Pelukis N. Sembilan dan kemunculan GAP,s. Kami pernah bersama ke Serawak pada tahun 2007 atas undangan Persatuaan Pelukis Serawak dan mengadakan pameran sempena Festival Antarabangsa Art and Kraf Serawak. Banyak kenangan manis yang tak dapat di lupakan.
Mengingat semula sewaktu di Seremban, kami di bawa melawat ketempat kegiatan Allahyarham di bangunan MARA Seremban. Banyak lukisan allahyarham dan ukurannya agak besar menghiasi dinding lobi bangunan MARA. Tema senibena dan budaya hidup orang minang menjadi pilihannya dan ini melambangkan kecintaannya yang berterusan terhadap warisan bangsanya.
Allahyarham pernah menyatakan hasratnya untuk mengadakan pameran solo lukisannya dan berharap GAP's dapat membantunya. Pada pandangan saya pameran solo untuk Allahyarham patut diusahakan . Merujuk salinan foto yang diberi kepada saya, kegiatannya bermula awal 1960an swaktu di Kuantan ( ayahnya seorang polis) dan terus berkarya hingga akhir hayatnya.
Hari itu allahyarham menjamu kami makan tengah hari di restoren dalam banguna MARA Seremban.
Saya dan kerabat GAP,s mengucapkan takziah kepada keluaga allahyarham dan berdoa semoga tuhan meletaknya allahyarham bersama orang-orang soleh. Al Fatihah.
Amin.