Monday, January 11, 2010

Kini Galeri Rajawali ada di Temerloh.






















Pukul 12.30 kerja menyiapkan dokomentasi Pameran Endau Rompin terpaksa di hentikan. Raduan kena balik ke KL bersama keluaganya. Aku menumpang beliau ke Temerloh. Di Gambang kami berhenti makan di R&R Gambang. Dr. Ali dan Abu Yusof sedang makan ketika kami sampai.Selepas sembahyang kami sama ke Temerloh dan sampai di majlis perasmian Galeri Rajawali lebeh kurang jam 3 petang. Zakaria Adam menyambut kami.
Suasana Majlis sangat meriah dan ceria. Orang ramai begitu teruja manakala pelukis -pelukis Rajawali sedang giat dengan aktiviti mereka. Ada yang melukis, membuat khat, lakaran kartun, pasir jodan dan himpunan karya yang bebagai gaya . Ada potret, lanskap, abstrak, keraf tangan pendek kata berbagai jenis. Aku dapat jumpa kawan lama dalam DPMP. Hashim Zabidi, Nazri Sham, dan rakan puisi. Sewaktu ralik melihat karya aku di tegur oleh Dato,' Shafik Fauzan Exco Pelancungan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang.
Dalam perbualan YB. mencadangkan supaya diadakan pameran dan pertandingan identiti Pahang dan meminta kertas kerja di buat dan diserahkan pada majlis makan mesra bersama pelukis sambil membincangkan kertas kerja untuk mengambil keputusan. Dalam ucapan perasmian beliau mengaku bidang seni tampak mempunyai masa depan yang baik dan akan berusaha untuk memberi sokong membantu.
Turut hadir di majlis itu Dr. Najd Dawa yang bakal menjadi pengarah Aswara di Melaka. Aku segan nak dekat beliau bimbang dia tak kenal sebab waktu di BSLN dia tak pernah menyapa ialah saperti orang tak kenal., jadi lebeh baik aku jauh diri dari malu muka orang tak kenal kita . Sekarang beliau sudah dapat dato. Taniah.
Majlis dimeriahkan lagi dengan puisi dan lagu puisi. Lembut , keras dan tajam. Nampaknya YB. ok. Aku suka puisi Nazri Sham .
Lebih baik jadi kerbau dari jadi orang gila.
Kalau jadi lembu orang kata bodoh macam lembu
kalau kucing, macam alim kucing
tak nak jadi anjing takut jadi anjing kurap
kalau jadi B.. A... b... I, nanti kena H1N1
kerbau walaupun berlumpor, tapi kulit hitam juga
kalau ada yang balau meragut tetap bersama
kalau tak nak jadi kerbau, apakata jadi katak
boleh melompat lompat
tapi tak nak jadi orang Melayu gila macam kata ustaz.
Majlis di akhiri dengan celoteh Piyan Habib kenangannya bersama Pak Sako dan penyampaian pertandingan lukisan kanak.
Selepas mengucapkan tahniah kepada Rusmadi dan rakan kongsinya, aku minta diri untuk pulang ke Kuantan. Aku Menumpang kereta Amei. Selesa kereta kuning emas, perdana.
Semoga orang Temerloh Khasnya pelukis mengambil peluang dengan kewujudan Galeri Rajawali. Oh ya! Osman lImat paling sibut kerana menyiapkan karya berharga rm 12 ribu. Waaa. Kita di Kuanta tunggu orang belanja makan. ok.

Raduan datang buat kerja..............




Assalammualaikum!


Ni nak beritahu. 9 jan 2010, Norudin P.S/U datang kat Kuantan buat kerja menyusun gambar-gambar karya dan frofil peserta GAP,s yang telibat dengan Pameran Lukisan Endau Rompin. Masih ada yang tak menghantar nya. Oleh itu kerja pendokumentasian tersekat untuk menyiapnya dan setelah berbincang, diberi lagi masa seminggu untuk menyempurnakan pada yang belum menghantar butiran yang di perlukan. Sila berurusan terus dengan saudara Raduan tel no. o13 5076493 / o3 2288766 ( pej ). Email: raduanordin@gmail.com atau facebook Raduan Norudin.