Wednesday, April 30, 2014

EKSPLORASI TASIK PEDU

Tasik Pedu yang asalnya dikenali sebagai Kolam Air Pedu terletak di Daerah Padang Terapdan jaraknya lebih kurng 90 km dari Alor Setar. Di sini terdapat beberapa buah resort yang sesuai untuk para pencinta alam dan pelukis untuk meneroka keindahan alam ciptaan Tuhan.

Angkatan Pelukis Kedah telah berjaya membawa 18 pelukis ke program Eksplorasi Tasik Pedu yang berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 25 hingga 27 April 2014 yang lalu. Sebahagian pelukis adalah terdiri daripada ahli gabungan dalam Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) disamping ahli APK sendiri. 

Selama berada di Tasik Pedu, pelukis-pelukis telah dapat merakamkan  flora  di pesisir tasik, riak-riak di permukaan air dan pelbagai objek alam serta objek buatan manusia di sekitar. 











Posted by: Salleh Ismail

Wednesday, April 16, 2014

PELUKIS BERKAMPUNG DI SUNGAI LEMBING

Sungai Lembing yang mempunyai sejarah tersendiri berkaitan dengan perlombongan bijih timah bawah tanah suatu ketika dahulu banyak mempunyai daya penarik bagi golongan seniman. Bagi pelukis, panorama disekitar pekan Sungai Lembing dapat dijadikan hal benda pada latar kertas dan kanvas yang dapat memperlihatkan nostalgia masa lalu.

Untuk menghidupkan semula nostalgia Sungai Lembing, SENIKA dengan kerjasama GAPs telah berjaya mengadakan program Pertandingan Melukis Panorama Sungai Lembing pada 22 Mac 2014 yang lalu. Pelukis-pelukis berkampung di Sungai Lembing bagi menghasilkan karya catan secara plein air. 

Tempat pertama telah dimenangi oleh Mazuki Muhamad dari PESENI.



Pelukis-pelukis yang mengambil bahagian


Penilaian karya



Mazuki Muhamad hadiah pertama







Posted by: Salleh Ismail