Friday, August 28, 2009

TAMPANNYA BUDI


Pada 21 ogos, 2009 ( jumaat ), pameran Tampannya Budi telah dirasmikan oleh Mantan P.M. Malaysia Tun Dr.Mahadhir Mohammad di Balai Seni Lukis Negara jam 4.30 petang. Mengikut kata ramai pihak kehadiran tetamu pameran ini amat luar biasa, ramai yang datang. Mungkin kerana adanya kerjasama Institiut Alam dan Tamadun Melayu ( ATMA ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadikan hebahan menjemput tetamu lebeh berkesan. Mungkin juga kerana kehadiran Tun dan isteri menyebabkan ramai tetamu datang.
Penglibatan 127 orang pelukis dengan 163 buah karya sudah menggambarkan kemeriahan . Kebanggaan apabila mendapati ramai juga ahli Badan Gabungan pelukis Se Malaysia ( GAP's ) menyertai pameran.
Di dalam ucapan Tun ada pertanyaan yang diajukan, " Melayu yang macammana yang tidak hilang di dunia? ". Kelembuatan , sopan santun dan kehebatan lalu tidak memberi makna kalau Melayu tidak memiliki ilmu pengetahuan dan yang rajin berusaha di samping bersatu. Dunia hari semalam akan di ganti dengan hari ini dan hari-hari kehadapan. Tak kira siapa, mana yang tidak mencapai keperluaan zaman pastinya akan tertinggal kebelakang. Semua perkara berubah dan terus berubah. Tak mustahil dulu kuat , kini lemah tak berdaya. Banyak contoh yang dapai kita ketahui, ada tamadun sesuatu bangsa telah lenyap malah negara pun lenyap dari peta dunia. adakan?
Oleh itu Melayu atau apa bangsa dan kaum hanya akan dapat mempertahankan
jati diri mereka dengan berpegang kepada ikatan kesatuan, yang suka menyuburkan ilmu pengetahuaan dan mentaati perentah tuhan.
Merujuk kepada pameran Tampannya Budi, satu usaha yang kedepan dan baik untuk melihat peranan pelukis dalam mengangkat tema disamping memahami puisi tradisi yang telah lama wujud di alam Melayu. Juga membuktikan kebenaran bahawa orang Melayu telah lama menduduki TANAH MELAYU dan memang pun telah diakui sejak berabad lagi.

DVD Ekpidisi Lakar Endau Rompin

Untuk makluman peserta Ekspidisi, DVD sewaktu di dalam hutan Endau Rompin telah diterima oleh GAP's ( satu salinan ) dari Jabatan Kebudayaan Johor. Pada yang ingin membelinya bolehlah hubungi ibu pejabat GAP's untuk dibuat salinan.

Tuesday, August 18, 2009

Angkatan Pelukis Kedah

Pameran terbuka kepada ahli-ahli APK dan artis persaorangan warganegara Malaysia.
Pameran akan diadakan pada khamis 15 Oktober,2009 di Balai Seni Negeri, Kedah Darul Aman.
Tarikh akhir / tutup penerimaan karya pada 30 0g0s, 2009

Sila hubungi ;
Urusetia Pameran Seni Lukis Kedah / APK

Kali ke 20 /2009,
Ankatan Pelukis Kedah,
Balai Seni Negeri,
05000 Alor Setar Kedah Darul Aman.

( 019 - 5499599 En. Ahmad Fauzi Hasan )
( 019 -5205399 En. Norizan Ali )

Tuesday, August 11, 2009

bertemu kembali


Setelah keluar dari Endau-Rompin surat makluman pertama berupa keputusan yang dibuat bersama pada malam akhir, telah pun di edarkan kepada semua peserta yang terlibat dengan ekspidisi. Surat yang sama juga bersekali dengan minit mesyuarat AJK dihantar kepada semua badan gabungan dan AJK.

Kita menanti laporan awal badan gabungan menghantar foto karya, ukuran, tajuk, bahan, harga, frofil rengkas dan jumlah.Saperti keputusan tarikh akhir pada 31-8.09. Tujuan untuk makluman kepada Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negara Negeri Johor ( Sebagai penganjur) dan untuk dibawa kedalam mesyuarat Pameran yang dijangka selepas aidil-fitri.

Bolehlah e.mail ke M. Shaimy@yahoo.com.my. Teldan fax: 09-5144021 h/p: 0139578731

Saya percaya semua peserta sedang bekarya dan ada yang telah siap.yang berukuran besar pun ada....sampai 10' x6 dan panjang pun ada. Ada yang dah masuk blok.

Harapan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Inshaallah.
Karya Aidel yusof ( dari APDR ) Tajuk: Raja Rimba. Koleksi DYTM Tengku Mahkota Johor.

AL-FATIHAH


Kepada Allahyaham Mustafa Siddik, Timbalan Pengerusi Persatuan pelukis Melayu Pulau Pinang yang telah meninggal dunia pagi 8. 8.09 ( Ahad ) dan telah disemadikan di tanah perkuburan Mesjid Hashim Yahya, Jalan Perak selepas dzohor.

GAP,s mendoakan semoga Allah meletaknya di kalangan orang yang di kasihi.

Amin.