Friday, August 28, 2009

TAMPANNYA BUDI


Pada 21 ogos, 2009 ( jumaat ), pameran Tampannya Budi telah dirasmikan oleh Mantan P.M. Malaysia Tun Dr.Mahadhir Mohammad di Balai Seni Lukis Negara jam 4.30 petang. Mengikut kata ramai pihak kehadiran tetamu pameran ini amat luar biasa, ramai yang datang. Mungkin kerana adanya kerjasama Institiut Alam dan Tamadun Melayu ( ATMA ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadikan hebahan menjemput tetamu lebeh berkesan. Mungkin juga kerana kehadiran Tun dan isteri menyebabkan ramai tetamu datang.
Penglibatan 127 orang pelukis dengan 163 buah karya sudah menggambarkan kemeriahan . Kebanggaan apabila mendapati ramai juga ahli Badan Gabungan pelukis Se Malaysia ( GAP's ) menyertai pameran.
Di dalam ucapan Tun ada pertanyaan yang diajukan, " Melayu yang macammana yang tidak hilang di dunia? ". Kelembuatan , sopan santun dan kehebatan lalu tidak memberi makna kalau Melayu tidak memiliki ilmu pengetahuan dan yang rajin berusaha di samping bersatu. Dunia hari semalam akan di ganti dengan hari ini dan hari-hari kehadapan. Tak kira siapa, mana yang tidak mencapai keperluaan zaman pastinya akan tertinggal kebelakang. Semua perkara berubah dan terus berubah. Tak mustahil dulu kuat , kini lemah tak berdaya. Banyak contoh yang dapai kita ketahui, ada tamadun sesuatu bangsa telah lenyap malah negara pun lenyap dari peta dunia. adakan?
Oleh itu Melayu atau apa bangsa dan kaum hanya akan dapat mempertahankan
jati diri mereka dengan berpegang kepada ikatan kesatuan, yang suka menyuburkan ilmu pengetahuaan dan mentaati perentah tuhan.
Merujuk kepada pameran Tampannya Budi, satu usaha yang kedepan dan baik untuk melihat peranan pelukis dalam mengangkat tema disamping memahami puisi tradisi yang telah lama wujud di alam Melayu. Juga membuktikan kebenaran bahawa orang Melayu telah lama menduduki TANAH MELAYU dan memang pun telah diakui sejak berabad lagi.

No comments: