Tuesday, December 8, 2009

PERSATUAN SENI DI KUANTAN KIAN LESU.


Sejak 2006 persatuan yang terlibat dalam bidang seni mula terasa lesu tidak saperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau tahun sebelumnya persatuan amat giat dan sentiasa dilibatkan dalam berbagai program yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan badan saparuh kerajaan khasnya Jabatan Kebudayaan, kesenian dan pelancungan ( ketika itu ), kini sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak ada lagi program bersama .
Bertambah kecewa bila Majlis Kebudayaan Negeri ( MKN ) yang menjadi badan induk kepada persatuan seni, kebudayaan dan warisan lansung tidak dapat memainkan peranannya untuk menggerakkan persatuan. Sepanjang tahun 2007 hingga 2009 hanya dua kali mesyuarat dapat diadakan itu pun tanpa YDP ( Esko Kebudayaan ). Nampaknya Esko Kebudayaan negeri tidak berminat untuk menjalankan tanggongjawab beliau dan tidak bertanya khabar nasib persatuaan.
Timbul kehairanan, mengapa beliau menerima pelantikan tersebut. Apakah MENTERI BESAR Pahang pakai lantik saja tanpa menilai minat dan kebolehan esko dan memantau sepanjang pelantikan samaada esko tersebuk memainkan tanggungjawab mereka. Kalau beginilah keadaannya tak terfikir kah resah gelisah mereka yang bergiat dalam bidang seni? apakah orang seni dan persatuan mereka sedikit pun tidak terasa penting kepada kerajaan. Mungkin kerajaan tidak memerlukan undi mereka kerana mereka bukan raayat....
Rasanya puas sudah memberi tahu dan memohon supaya pihak yang berwajid dapat mengembalikan kemeriah seni saperti dulu di Pahang.
Selaku penggiat seni yang telah melibat diri di Pahang hampir dua puloh lima tahun penilaian yang dibuat berdasarkan pengalaman dan kebenaran. Mohon menteri keseniaan, kebudayaan dan warisan campor tangan sebelum luka seniman bertambah parah. Jangan sampai seniman juga terpaksa berarak di khalayak terbuka. Janganlah sampai orang seni terpaksa meminta PM sendiri untuk membetulkan keadaan. Fikir-fikirkan lah. Jangan biar luka bertambah dalam.

Seniman sayang negeri.
.

1 comment:

SENI VISUAL said...

Bukan di Kuantan sahaja berlaku kelesuan kegiatan seni lukis, malah negeri-negeri lain pun demikian juga. Sebenaarnya kita jangan terlalu meminta bantuan dari kerajaan negeri, kerana mereka lebih banyak berkepentingan politik berbanding dengan kesenian... lebih-lebih lagi seni visual?.
Saya sarankan pelukis-pelukis perlu bergerak dan mengadakan pameran-pameran kecil-kecilan agar aktiviti terus berlaku.
Gabungan Persatuan Pelukis Se Malaysia perlu lebih agresif menjadi penggerak kepada kegiatan seni lukis seperti pameran, bengkel, persidangan dan sebbaginya... tapi nampaknya persatuan ini lebih tertumpu kepada orang terdekat sahaja... iaitu kepada AJK dan terdekat sahaja... patutnya sebaran diberi kepada semua pelukis yang bernaung dibawah persatuan-persatuan negeri.