Kinta Riverfront dibanjiri pelukis-pelukis tersohor dan pelukis-pelukis muda yang datang dari seluruh negara dan pelukis dari luar negara. Mereka berhimpun selama dua hari dua malam di pesisir Sungai Kinta untuk menyertai program Ipoh Drawing Marathon 2013 anjuran Persatuan Pelukis Perak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs). Program ini diadakan bersempena 1 Malaysian Contemporary Art Tourism 2013 (1MCAT).
Saturday, December 7, 2013
Tuesday, November 26, 2013
PAMERAN PERCIKAN JIWA
GAPs dengan kerjasama The Annexe Gallery dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pameran visual di Annexe Gallery, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur pada 21 hingga 27 September 2013 yang lalu. Pameran yang bertemakan 'Percikan Jiwa' telah berjaya mempamer lebih daripada 80 karya yang dihasilkan oleh 38 pelukis dari seluruh negara yang telah menyertai program Percikan Geting di Kg. Geting, Tumpat, Kelantan pada 29 Jun 2013. Untuk maklumat Percikan Geting KLIK SINI. Pameran ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia.
Kesemua karya adalah berupa cetusan rasa yang diinspirasikan dari lakaran wajah-wajah Geting yang digarap sehari suntuk di perkampungan nelayan Geting lalu dipindahkan pada kertas dan kanvas. Pelukis-pelukis mengemukakan catan dalam bentuk naturalistik dan abstrak dengan pelbagai media saperti cat air, cat minyak, akrilik dan batik. Ada juga pelukis yang menggunakan bitumin sebagai media.
Persiapan pameran
Persiapan pameran
Majlis perasmian
Ucapan perasmian
Ybhg. Dato' Azizan menyapu cat pada kanvas
sebagai gimik perasmian
Hamidon Ahmed, action painting
Penyampaian cenderamata
Hj. Muhamad Jusoh menerangkan karyanya
Pengunjung pameran
Lawatan ke pameran
Kumpulan keroncong pelukis Jalan Conlay
memeriahkan acara
Posted by: Salleh Ismail
Friday, October 4, 2013
1MCAT KUANTAN - FESTIVAL SENI VISUAL PAHANG
Ucapan Majlis Perasmian oleh YB. Dato’ Haji Mohd
Sharkar b. Hj. Shamsuddin,Exco Pelancongan
dan
Kebudayaan Negeri Pahang
14 September 2013 bertempat di Meranti Ballroom
Hyatt Regency Kuantan 11 pagi , Majlis Perasmian 1 MCAT Kuantan 2013 dan Festival Seni Visual Pahang telah dilakukan
oleh YB Dato’ Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsuddin, EXCO Pelancongan dan Kebudayaan
Negeri Pahang.
Dalam majlis tersebut juga diadakan pameran seni lukis hasil karya 40
orang pelukis dari seluruh Negara yang merupakan ahli Gabungan Persatuan
Pelukis Se Malaysia (GAP’s).Karya yang berbagai saiz dan dilukis dalam berbagai
media telah digantung di dinding utama dan sebahagiannya diletakkan pada
‘easel’ sekeliling dewan itu memeriah majlis perasmian kerana peminat seni
lukis yang menghadiri majlis itu begitu teruja apalagi bila berkesempatan
bertemu dengan pelukis yang rata-rata hanya mengenali nama tidak tuannya secara
langsung selama ini. Dengan itu tercapai hasrat 1 MCAT untuk membawa karya seni
lukis kepada masyarakat secara terus. Pameran ini terbuka sehingga 21 Se
ptember 2013.
Dalam ucapan aluan
Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara Kuala Lumpur , En.Haned Masjak bahawa :
1 MCAT ialah 1 Malaysian Contemporary Art Tourism yang mula diperkenalkan tahun
2010 oleh Kementerian Pelancongan ketika itu telah menjadi satu produk
pelancongan yang memberi pulangan ekonomi yang sangat besar. Banyak sudah
lukisan kontemporari Malaysia sudah terjual dan telah menembusi pasar
antarabangsa dengan nilai jutaan ringgit Malaysia.
Manakala dalam ucapan perasmian , YB Dato’ Hj
Mohd Sharkar b Hj Shamsudin telah mencadangkan akan semua agensi kerajaan
membeli lukisan pelukis tempatan untuk menjadi hiasan di pejabat masing-masing.
Baginya inilah salah satu cara untuk membantu perkembangan seni lukis tempatan.
Apa yang lebih menarik perhatian tetamu dalam
majlis itu, apabila pengelola program iaitu GAP’s telah menyelitkan
dengan lukisan aksi oleh pelukis Dato’ Mhasun Taib dengan iringan Tarian
Pelanduk oleh Kumpulan Penari JKKNP dibawah pimpinan Kreografer Tari terkenal
Pahang iaitu cikgu Shaari Osman.
1 MCAT Kuantan 2013
turut mejayakan Festival Seni Visual Pahang di Dataran Telok Chempedak pada
petang 14 Sept 2013 dan pagi 15 September 2013. Dalam festival ini diadakan dua
pertandingan melukis terbuka Malaysia iaitu Pertandingan Potret Model dan
Pertandingan Panorama Telok Chempedak. Penyertaan bagi kedua-dua pertandingan
seramai 42 orang yang terdiri dari pelukis dari seluruh Negara dan pelajar
IPTA/S.
Keputusan pertandingan
melukis panorama Telok Chempedak telah dimenangi , tempat pertama En Marzuki
Muhamad PESENI Kelantan, kedua Fairuz Suparman Negeri Sembilan, ketiga Amin
Hadarih UiTM Shah Alam, manakala hadiah saguhati dimenangi oleh Ismail Atan
SERUPA johor, Abu Zaki Hadri Pelukis Perak, Mohd Fadli Hj Bahari Negeri
Sembilan,Osman Saidin Kedah , Mohamad Saribunis b Mohd Sakri SENIKA Pahang.
Manakala pertandingan
melukis potret model dimenangi , tempat pertama Hamidon Ahmed Pelukis Perak,
kedua Mohd.Fadli Hj Bahari Negeri Sembilan , ketiga Mohd Riduan Mat SENIKA
Pahang, saguhati dimenangi oleh Marzuki Muhamad PESENI Kelantan, Jefry
Ahmad PERUPA, Fairuz Suparman Negeri Sembilan, Mohd Rashidi Jaafar SENIKA
Pahang dan Hasman Razak PSVS Sabah.
Hadiah-hadiah berupa
wang tunai tempat pertama RM1,000.00, kedua RM 700.00, ketiga RM500.00 dan
saguhati RM 150.00 seorang yang telah disampaikan oleh En. Hasryn Izzuddin b
Khairy , Pengarah JKKNP dalam majlis penutup program jam 4.00 petang 15.Sept
2013.
Dalam majlis penutup ,
Yang Dipertua GAP’s En.Mohd Shaimy Hashim melahirkan rasa gembiranya diatas
kehadiran semua pelukis dari negeri-negeri yang menjadi ahli gabungan GAP’s.
Manakala Pengarah JKKNP mengucapkan terima kasih kepada semua pelukis sudi
berkumpul di Pahang dan mengharapkan Telok Chempedak menjadi inspirasi kepada
semua pelukis.
Dari setiausaha GAP’s-
Pn Hasnah Yusoff
·
Friday, July 19, 2013
PAMERAN 1MCAT 2013
Pelukis-pelukis GAP's telah menyertai pameran bersempena Pelancaran 1 Malaysia Comtemporary Arts Tourism bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 8 Julai 2013. Seramai 40 orang pelukis dari persatuan-persatuan pelukis negeri yang bergabung dengan GAP's telah menghantar karya mereka untuk dipamerkan bersempena majlis pelancaan 1MCAT yang disempurnakan oleh YBDato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Menyususn sejarah GAP's
PERSIAPAN PAMERAN
Sebahagian pelukis yang menyertai pameran
PAMERAN DI RUANG LEGAR
YB Dato' Seri Nazri malawat pameran
Posted by: Salleh Ismail
Sunday, July 14, 2013
PERCIKAN GETING - MCAT 2013
GAP's dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) dan Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan program melukis outdoor yang dikenali sebagai Percikan Geting pada hari Sabtu 29 Jun 2013 di Kg. Geting, Tumpat. Program ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung GAP's kali ke 6 yang berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun2013.
GAP's telah menjemput 5 orang peserta dari setiap persatuan gabungan diseluruh negara. Semua persatuan negeri menghantar peserta kecuali Sarawak. Seramai 50 pelukis yang mewakili persatuan pelukis di negeri masng-masing telah mendaftar di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu bermula dari tengahari Jumaat 28 Jun. Ada juga yang tiba di penginapan pada lewat malam kerana perjalanan yang jauh dan tersesat jalan.
Program bermula pada pagi Sabtu 29 Jun, selepas sarapan. GAP's telah menyediakan sebuah bas yang akan membawa peserta ke Geting yang jauhnya lebih kurang 20 km. Namun begitu ada peserta yang pergi ke sana dengan kenderaan sendiri. Perjalananke Geting mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui Tumpat, Pantai Seri Tujuh dan kampung-kampung sekitar.
Semua pelukis berkumpul di Pusat Memproses Ikan Bilis, Geting. Setelah diberi taklimat ringkas oleh Ismail Kadir, semuanya bergerak ke lokasi pilihan d sekitar Kg. Geting. Lokasi disini menyediakan hal benda yang sangat menarik untuk dijadikan lakaran dan dipindahkan pada kanvas. Pelukis ramai bertumpu di sekitar Jeti Pusat Memproses Ikan Bilis berhampiran dengan khemah. Ada jua yang mengambil gambar dan melukis di bawah khemah sahaja. Ini mungkin disebabkan cuaca pada hari itu sangat panas.
YB Dat' Mej (B) Hj Md.Anizam b. Abd. Rahman, Exco Kebudayaan, Pelancungan dan Warisan Negeri Kelantan telah hadir bertemu pelukis di Kg. Geting pada tengahari itu. Program berlangsung hingga jam 5 petang. Peserta bertolak balik kepenginapan dengan bas dan akan terus menyiapkan karya untuk diamekan pada hari Ahad 3 Jun sempena Mesyuarat Agung GAP's.
Semua pelukis akan menghasilkan karya yang kemudiannya akan dipamerkan pada 21 - 27 September 2013 di Center Market, Kuala Lumpur bersempena MCAT 2013.
Semua pelukis akan menghasilkan karya yang kemudiannya akan dipamerkan pada 21 - 27 September 2013 di Center Market, Kuala Lumpur bersempena MCAT 2013.
Pelukis bersama Exco Kebudayaan,
Pelancungan dan Warisan Negeri Kelantan
Pelancungan dan Warisan Negeri Kelantan
Nazri (SENIKA)
Bot yang berlabuh sebagai hal benda
Ismail Kadir (PESENI)
Lagi maklumat sila KLIK di bawah
Posted by: Salleh Ismail
Thursday, July 11, 2013
Catatan Lama: EKSPRESI KARYA LEMBAYONG UTARA
GAP's dengan kerjasama Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA) telah mengadakan program Ekspresi Karya Lembayong Utara di Alor Setar.
Program ini telah pun berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK) pada 27 hingga 29 April 2012. Seramai 40 peserta terdiri daripada ahli Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA), Persatuan Pelukis Perak (PELUKIS Pk), Persatuan Pelukis Perlis serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jitra, SMK Alor Janggus dan SMK Tengku Abdul Malik telah berkampong di Kompleks JKKNK.
Untuk maklumat lanjut sila KLIK alamat di bawah:
http://susurdenai.blogspot.com/2012/05/ekspresi-karya-lembayong-utara.html
MESYUARAT AGUNG GAP's KALI 6
Mesyuarat Agung GAP's kali 6 telah berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun 2013, bermula jam 9 pagi. Semua perwakilan dari persatuan negeri yang bergabung dengan GAP's telah hadir kecuali Sarawak. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj. Md. Anizam b. Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancugan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan.
Ucapan aluan Pengerusi PESENI
Hj. Muhamad Jsoh
Ucapan YDP Mohd. Shaimy Hashim
Ucapan perasmian Exco Pelancungan,
Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan
Perwakilan yang hadir
Setiausaha mengendalikan majlis
Perwakilan yang hadir
Penyampaian cenderamata
YDP mempengerusikan mesyuarat
Pengerusi Biro Pelukis Muda GAP's
Abu Zaki Hadri
Mesyuarat telah memilih jawatankuasa baru bagi tahun 2013 - 2015. Jawatankuasa yang dipilih adalah seperti berikut:
Yang Dipertua:
Mohd. Shaimy Hashim
Naib Yang Dipertua I:
Dato' Mahsun Taib
Naib Yang Dipertua II:
Hamidon Ahmed
Ahli Jawatankuasa:
Salleh Ismail
Mohd. Fadli Hj Bahari
Rozita Abd. Rashid
Ramli Harun
Pengerusi Biro Pelukis Muda GAP's:
Abu Zaki Hadri
Pemeriksa Kira-kira:
Munif Muhamad Nor
Hj. Mahmood Mat
Semua pengerusi persatuan peluks negeri secara automatik akan menjadi AJK yang mewakili negeri masing-masing
Jawatankuasa 2013 - 2015
Posted by: Salleh Ismail
Subscribe to:
Posts (Atom)