Friday, July 19, 2013

PAMERAN 1MCAT 2013



Pelukis-pelukis GAP's telah menyertai pameran bersempena Pelancaran 1 Malaysia Comtemporary Arts Tourism  bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 8 Julai 2013. Seramai 40 orang pelukis dari persatuan-persatuan pelukis negeri yang bergabung dengan GAP's telah menghantar karya mereka untuk  dipamerkan bersempena majlis pelancaan 1MCAT yang disempurnakan oleh YBDato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

 Menyususn sejarah GAP's


PERSIAPAN PAMERAN






 Sebahagian  pelukis yang menyertai pameran


PAMERAN DI RUANG LEGAR



 YB Dato' Seri Nazri  malawat pameran



Posted by: Salleh Ismail

Sunday, July 14, 2013

PERCIKAN GETING - MCAT 2013



GAP's dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) dan Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan program melukis outdoor yang dikenali sebagai Percikan Geting pada hari Sabtu 29 Jun 2013 di Kg. Geting, Tumpat. Program ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung GAP's kali ke 6 yang berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun2013. 

GAP's telah menjemput 5 orang peserta dari setiap persatuan gabungan diseluruh negara. Semua persatuan negeri menghantar peserta kecuali Sarawak. Seramai 50 pelukis yang mewakili persatuan pelukis di negeri masng-masing telah mendaftar di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu bermula dari tengahari Jumaat 28 Jun. Ada juga yang tiba di penginapan pada lewat malam kerana perjalanan yang jauh dan tersesat jalan.

Program bermula pada pagi Sabtu 29 Jun, selepas sarapan. GAP's telah menyediakan sebuah bas yang akan membawa peserta ke Geting yang jauhnya lebih kurang 20 km. Namun begitu ada peserta yang pergi ke sana dengan kenderaan sendiri. Perjalananke Geting mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui Tumpat, Pantai Seri Tujuh dan kampung-kampung sekitar. 

Semua pelukis berkumpul di Pusat Memproses Ikan Bilis, Geting. Setelah diberi taklimat ringkas oleh Ismail Kadir, semuanya bergerak ke lokasi pilihan d sekitar Kg. Geting. Lokasi disini menyediakan hal benda yang sangat menarik untuk dijadikan lakaran dan dipindahkan pada  kanvas. Pelukis ramai bertumpu di sekitar Jeti Pusat Memproses Ikan Bilis berhampiran dengan khemah. Ada jua yang mengambil gambar dan melukis di bawah khemah sahaja. Ini mungkin disebabkan cuaca pada hari itu sangat panas.  

YB Dat' Mej (B) Hj Md.Anizam b. Abd. Rahman, Exco Kebudayaan, Pelancungan dan Warisan Negeri Kelantan telah hadir bertemu pelukis di Kg. Geting pada tengahari itu. Program berlangsung hingga jam 5 petang. Peserta bertolak balik kepenginapan dengan bas dan akan terus menyiapkan karya untuk diamekan pada hari Ahad 3 Jun sempena Mesyuarat Agung GAP's.

Semua pelukis akan menghasilkan karya yang kemudiannya akan dipamerkan pada 21 - 27 September 2013 di Center Market, Kuala Lumpur bersempena MCAT 2013.




Pelukis bersama Exco Kebudayaan,
Pelancungan 
dan Warisan Negeri Kelantan


 Nazri (SENIKA)

Bot yang berlabuh sebagai hal benda

Ismail Kadir (PESENI)






Lagi maklumat sila KLIK di bawah





Posted by: Salleh Ismail





Thursday, July 11, 2013

Catatan Lama: EKSPRESI KARYA LEMBAYONG UTARA


GAP's dengan kerjasama Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA) telah mengadakan program Ekspresi Karya Lembayong Utara di Alor Setar.

Program ini telah pun berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK) pada 27 hingga 29 April 2012. Seramai 40 peserta terdiri daripada ahli Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA), Persatuan Pelukis Perak (PELUKIS Pk), Persatuan Pelukis Perlis serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jitra, SMK Alor Janggus dan SMK Tengku Abdul Malik telah berkampong di Kompleks JKKNK. 

Untuk maklumat lanjut sila KLIK alamat di bawah:

http://susurdenai.blogspot.com/2012/05/ekspresi-karya-lembayong-utara.html

MESYUARAT AGUNG GAP's KALI 6



Mesyuarat Agung GAP's kali 6 telah berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun 2013, bermula jam 9 pagi. Semua perwakilan dari persatuan negeri yang bergabung dengan GAP's  telah hadir kecuali Sarawak. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj. Md. Anizam b. Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancugan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan. 



 Ucapan aluan  Pengerusi PESENI
Hj. Muhamad Jsoh

 Ucapan YDP Mohd. Shaimy Hashim

 Ucapan perasmian Exco Pelancungan, 
Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan

 Perwakilan yang hadir

Setiausaha mengendalikan majlis

 Perwakilan yang hadir

 Penyampaian cenderamata



 YDP mempengerusikan mesyuarat

 Pengerusi Biro Pelukis Muda GAP's
Abu Zaki Hadri



Mesyuarat telah memilih jawatankuasa baru bagi tahun 2013 - 2015. Jawatankuasa yang dipilih adalah seperti berikut:

Yang Dipertua:              
Mohd. Shaimy Hashim
Naib Yang Dipertua I:    
Dato' Mahsun Taib
Naib Yang Dipertua II:   
Hamidon Ahmed
Ahli Jawatankuasa:
Salleh Ismail
Mohd. Fadli Hj Bahari
Rozita Abd. Rashid
Ramli Harun
Pengerusi Biro Pelukis Muda GAP's:
Abu Zaki Hadri
Pemeriksa Kira-kira:
Munif Muhamad Nor
Hj. Mahmood Mat

Semua pengerusi  persatuan peluks negeri secara automatik akan menjadi AJK yang mewakili negeri masing-masing

Jawatankuasa 2013 - 2015


Posted by: Salleh Ismail

Tuesday, July 9, 2013

CACATAN LAMA: MELAKAR BUDAYA WARISAN BANGSA ENDAU ROMPIN



Gabungan Persatuan Pelukis Semalaysia (GAPs) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan satu ekspedisi ke hutan hujan Taman Negara Endau Rompin Peta yang telah memberi peluang kepada pelukis-pelukis dari persatuan-persatuan pelukis yang bergabung dengan GAPs untuk melakar khazanah alam disini. Semua lakaran akan dapat dikongsi bersama khalayak melaui pameran yang akan berlangsung selepas ekspedisi.  Program ini  yang  dikenali sebagai Ekspedisi Lakar Endau Rompin telah berjaya dilaksanakan pada 22 hingga 25 Mei 2009. Seramai 36 orang pelukis telah menyertai ekspedisi ini. 

Untuk maklumat lanjut sila KLIK di sini.

AHLI GAP's BERKAMPUNG DI KOTA BHARU


Ahli-ahli persatuan pelukis yang bergabung dengan GAPs telah berkampung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada 28 Jun hingga 30 Jun 2013 untuk menyertai program "PERCIKAN GETING" dan Mesyuarat Agung GAP's kali ke 6. Wakil persatuan dari 11 negeri ini telah tiba di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu sejak petang Jumaat 2 Jun 2013 lagi dengan menempuh perjalanan sukar di dalam hujan lebat yang mencurah membasahi bumi negeri Che Siti Wan Kembang. Bagaimana pun kegembiraan jelas terpancar di wajah apabila bertemu rakan-rakan yang lama tidak bersua dan juga rakan-rakan yang baru dikenali.

Persatuan Seni Visual Sabah

Persatuan Seni Lukis dan Rek Cipta Johor
(SERUPA)

Persatuan Pelukis Negeri Sembilan
(PELUKIS)

Kumpulan Pelukis Negeri Melaka(KPNM)

\Persatuan Pelukis Perak (PELUKIS PK)

Angkatan Pelukis Kedah (APK)

Persatuan Pelukis Negeri Perlis (PPNPs)

Persatuan Senilukis dan Senireka 
Melayu Negeri Pahang (SENIKA)

Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI)


Posted by: Salleh Ismail

MESYUARAT AGUNG PELUKIS PERAK


Persatuan Pelukis Perak yang merupakan sebuah badan gabungan GAPs telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan nya pada hari Sabtu, 1 Jun 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak di Jalan Caldwell, Ipoh. Maklumat lanjut KLIK DI SINI