Friday, February 27, 2009

Jumaat diSeremban 27 FEB 2009

.....jam 10 pg kami meninggalkan hotel pergi ke Bazaar Mains.Tuan Hj Mohd Nor menunggu kami untuk minum pagi.
Rupanya En. Liew Kian Yap dari Art Malaysia telah sampai dari Kuala Lumpur.Setelah minum En. Shaimy dan En. Liew mengadakan perbincangan dimana En. Liew menerangkan tujuan beliau mengajak ahli GAP's untuk terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Art Malaysia iaitu pameran peringkat Internasional (karya-karya yang terpilih) dan 1001 pelukis untuk dimuatkan dalam buku 1001 Malaysian Artist.Beliau berjanji untuk membincangkan untuk kali kedua dalam masa yang terdekat.

Selepas selesai perbincangan dengan En. Liew Kami diajak oleh En. Muhamed B. Abu Hasan kestudio beliau diBangunan Mara (Bazaar Seremban).Dua wakil Art Malaysia turut serta.Distudio En. Muhamed banyaklah lukisan-lukisan koleksi beliau dipamerkan.Tema karya-karya tersebut merujuk kepada aktiviti dan budaya masyarakat Minang yang gayanya dipermudahkan.Kebanyakkan karya-karya itu menggunakan cat minyak dan akrilik.Kemudiannya kami diraikan dengan makan tengahari (nasi ayam).Selepas makan berlakulah beberapa interaksi seni dan dailog antara En. Shaimy dan wakil Art Malaysia.

Lebih kurang jam 3 ptg kami bergerak ke Bazaar Mains.Dalam perjalanan kami mendapat telefon dari En. Rashid B Razak Pengerusi Pelukis Melayu Pulau Pinang memaklumkan beliau telah pun sampai di bandar Seremban dan sedang menuju ke Bazaar Mains.Lebih kurang pada 3:30 ptg kami telah bertemu di Bazaar Mains bersama En. Rashid,isterinya dan En. Hamid dan minum bersama En. Zakir Amri @ Zorro (yang sedang mengadakan pameran solonya).
Selepas minum kami mengadakan interaksi melukis potret termasuklah potret En. Rashid,Pengerusi pelukis Tuan Hj Yunus dan beberapa potret yang di lukis oleh Munif.Dalam suasana itu muncul cikgu Kamal dan rakannya.Latar belakang musik oleh penyanyi karaoke tempatan memeriahkan suasana.Selepas minum petang,Tuan Hj Yunus memohon untuk meninggalkan majlis kerana untuk persiapan ke India esok bagi mengunjungi anaknya.
Beliau juga telah menyediakan 2 buah bilik untuk ahli dari Pulau Pinang diCharlton Star.






Catatan Perjalanan ke Seremban 26 FEB 2009

Bertolak dari ktn lebih kurang jam 3 ptg singgah mengisi minyak di Jaya Gading terus ke Seremban dan berhenti makan di persimpangan Chini,sempat membeli petai untuk ulam.Munif mengambil kesempatan mengambil gambar persekitaran.


Meneruskan perjalanan terpandang sepasang suami isteri menjual durian dikawasan Felda Kota Perdana Muadzam Shah.Berhenti dan undur kebelakang,kemudian kami (Hj Osman Limat,Shaimy dan Munif)dan kami melintas jalan dan meminta penjaja itu memilih beberapa biji durian untuk dimakan,memang puas hati. Pesan isteri tauke durian kalau rasa panas minum lah air dalam kulit durian.

Perjalanan diteruskan dan kami melalui jalan ikut ke Bahau.Sampai diSerting jam menunjukkan pukul 5:15 ptg..kami terus keSeremban.Lebih kurang jam 6:30 ptg kami sampai keKuala Pilah dan cuaca gelap.Sewaktu hendak memasuki bandar Seremban hujan turun dengan agak lebat.Dalam mencari-cari Bazaar Mains tempat pelukis Negeri Sembilan mengadakan program kami membuat keputusan untuk bertanya arah jalan.Kami membuat keputusan mencari warung untuk bertanya dan kami meletakkan kereta dikawasan yang berhampiran dengan warung lalu singgah untuk minum dan bertanya.Alangkah nasib baiknya kami kerana kami telah pun sampai ditempat yang betul...kata budak diwarung tersebut.."depan tu je encik".

Munif dah tak tahan nak melepas hajat kecil dan untuk menjaga hati tuan warung kami memesan air minuman dan ketiga_tiga bergegas ketandas Bazaar Mains.Sewaktu menuju ketandas,pelukis-pelukis Negeri Sembilan menyambut kami tapi kami meminta maaf untuk melepas hajat dahulu.

Kemudiannya kami bertemu dengan Hj Hassan dan kewarung untuk minum air yang dipesan tadi,bersama dengan beberapa orang pelukis tuan rumah.Lebih kurang 20 minit Tuan Hj Yunus datang untuk bersama,macam-macam lah yang kami bualkan dalam suasana hujan lebat.Beliau terpaksa meninggalkan kami kerana ada mesyuarat PLKN di Taman Budaya Negeri Sembilan dan beliau membayar makan dan minum kami..."TERIMAKASIH TUAN HAJI..."

Hujan masih lebat kami bergegas ke ruang pameran di Bazaar Mains untuk melihat pameran solo oleh Zahir@Zorro dan aktiviti melukis potret oleh pelukis-pelukis tuan rumah.Interaksi melukis antara kami pun bermula.Fadli dan Joejet minta En. Shaimy menjadi model.Manakala Munif melakar beberapa orang pelukis tuan rumah.






.....Oleh kerana suasana demonstrasi agak hangat walau diluar masih hujan pihak urusetia Bazaar Mains melanjutkan masa hingga ke pukul 11 mlm..(sepatutnya pukul 10 mlm)
Kemudian kami bergegas ke Hotel Charlton Star untuk penginapan.Bilik 307 dibiayai oleh Tuan Hj Yunus.





Sewaktu berehat dibilik,kami dikunjungi oleh Fadli dan Joejet dan mengajak kami minum diwarung dihadapan Hotel.Sambil minum-minum dan bercerita,Fadli melepaskan dendamnya untuk melukis potret Munif.
Lebih kurang jam 12:30 mlm,Fadli dan Joejet bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur,kami ke Cyber Cafe yang terletak dihadapan Hotel dan menulis lapuran ini.Jam sudah menunjukkan 1:40 pg hujan mula reda kami pun beredar.

LAPORAN SENIKA.

Friday, February 20, 2009

program badan gabungan -PELUKIS

Makluman !!!!!!!
Tadi jam 10.00 pagi , Setiausaha menerima surat dari Pengerusi PELUKIS, tN hJ mUhammad Yunus b. Hj Ibrahim (PERSATUAN PELUKIS NEGERI SEMBILAN) akan mengadakan program melukis seperti keterangan di bawah:

Tarikh : 26,27, 28 Feb & 1 Mac 2009
Tempat: Tingkat Bawah Bazar MAINS NS Seremban.
Masa : 10 pagi hingga 10 malam.
Acara : pameran karya individu
live sketching
jualan cenderamata.

Oleh itu semua pelukis khususnya kerabat GAP's dijempu hadir.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ; tN hJ mUHAMMAD yUNUS
Tel; 06-6786671 / 0133955662

Setiausaha telah menghantar surat rasmi kepada Yang Dipertua GAP's, AJK GAP's dan Pengerusi/Presiden atau Ketua 1 badan gabungan semuanya.

Salam dari Setiausaha GAP's

Thursday, February 19, 2009

Kembalinya Seorang Lagenda Menghadap Penciptanya



"As a nation, it doesn't matter how economically powerful we are.

Without the spiritual balance of the arts,
we achieve nothing and there will be chaos in the end."
Ibrahim Hussein



19 Februari 2009, Khamis..

Perginya seorang lagenda pelukis tanah air menghadap illahi meninggalkan kesan yang cukup memberkas.. Beliau adalah Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein, 71.. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Pantai Kuala Lumpur ketika kekasih setia masa, jam meniti aksara 4.30 pagi tadi.. Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.. AL-Fatihah..

Saturday, February 14, 2009

EKSPEDISI LAKAR ENDAU ROMPIN


Tema: ALAM WARISAN DILINDUNGI, IA PAYUNG BUDAYA BANGSA
Tarikh:22 Mei - 25 Mei 2009
Penyertaan: 30 orang ahli GAPs

Program:
22 Mei 2009
2.00ptg: Berkumpul di Kluang dan bertolak ke tempat penginapan di Pahang
4.30ptg: Pendaftaran peserta dan minum petang
7.30mlm: Makan malam
8.30mlm: Majlis ramah mesra, ucapan Yang diPertua GAPs, ucapan aluan dan pelancaran
9.30mlm: Taklimat program, minum, acara bebas
23 Mei 2009
7.30pagi: Minum pagi
8.30pagi: Ke kampung Peta (kampung orang asli), melakar, menggambar, berkhemah, menghayati malam di rimba, minum
24 Mei 2009
7.30 pagi: Minum pagi dan sambung aktiviti
11.00pagi: Sambung aktiviti melukis, persiapan balik, bermalam di Kluang
25 Mei 2009
Minum pagi, bergambar dan bersurai
Anjuan: GAPs, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Johor dan Kerajaan Johor