Friday, February 27, 2009

Catatan Perjalanan ke Seremban 26 FEB 2009

Bertolak dari ktn lebih kurang jam 3 ptg singgah mengisi minyak di Jaya Gading terus ke Seremban dan berhenti makan di persimpangan Chini,sempat membeli petai untuk ulam.Munif mengambil kesempatan mengambil gambar persekitaran.


Meneruskan perjalanan terpandang sepasang suami isteri menjual durian dikawasan Felda Kota Perdana Muadzam Shah.Berhenti dan undur kebelakang,kemudian kami (Hj Osman Limat,Shaimy dan Munif)dan kami melintas jalan dan meminta penjaja itu memilih beberapa biji durian untuk dimakan,memang puas hati. Pesan isteri tauke durian kalau rasa panas minum lah air dalam kulit durian.

Perjalanan diteruskan dan kami melalui jalan ikut ke Bahau.Sampai diSerting jam menunjukkan pukul 5:15 ptg..kami terus keSeremban.Lebih kurang jam 6:30 ptg kami sampai keKuala Pilah dan cuaca gelap.Sewaktu hendak memasuki bandar Seremban hujan turun dengan agak lebat.Dalam mencari-cari Bazaar Mains tempat pelukis Negeri Sembilan mengadakan program kami membuat keputusan untuk bertanya arah jalan.Kami membuat keputusan mencari warung untuk bertanya dan kami meletakkan kereta dikawasan yang berhampiran dengan warung lalu singgah untuk minum dan bertanya.Alangkah nasib baiknya kami kerana kami telah pun sampai ditempat yang betul...kata budak diwarung tersebut.."depan tu je encik".

Munif dah tak tahan nak melepas hajat kecil dan untuk menjaga hati tuan warung kami memesan air minuman dan ketiga_tiga bergegas ketandas Bazaar Mains.Sewaktu menuju ketandas,pelukis-pelukis Negeri Sembilan menyambut kami tapi kami meminta maaf untuk melepas hajat dahulu.

Kemudiannya kami bertemu dengan Hj Hassan dan kewarung untuk minum air yang dipesan tadi,bersama dengan beberapa orang pelukis tuan rumah.Lebih kurang 20 minit Tuan Hj Yunus datang untuk bersama,macam-macam lah yang kami bualkan dalam suasana hujan lebat.Beliau terpaksa meninggalkan kami kerana ada mesyuarat PLKN di Taman Budaya Negeri Sembilan dan beliau membayar makan dan minum kami..."TERIMAKASIH TUAN HAJI..."

Hujan masih lebat kami bergegas ke ruang pameran di Bazaar Mains untuk melihat pameran solo oleh Zahir@Zorro dan aktiviti melukis potret oleh pelukis-pelukis tuan rumah.Interaksi melukis antara kami pun bermula.Fadli dan Joejet minta En. Shaimy menjadi model.Manakala Munif melakar beberapa orang pelukis tuan rumah.






.....Oleh kerana suasana demonstrasi agak hangat walau diluar masih hujan pihak urusetia Bazaar Mains melanjutkan masa hingga ke pukul 11 mlm..(sepatutnya pukul 10 mlm)
Kemudian kami bergegas ke Hotel Charlton Star untuk penginapan.Bilik 307 dibiayai oleh Tuan Hj Yunus.





Sewaktu berehat dibilik,kami dikunjungi oleh Fadli dan Joejet dan mengajak kami minum diwarung dihadapan Hotel.Sambil minum-minum dan bercerita,Fadli melepaskan dendamnya untuk melukis potret Munif.
Lebih kurang jam 12:30 mlm,Fadli dan Joejet bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur,kami ke Cyber Cafe yang terletak dihadapan Hotel dan menulis lapuran ini.Jam sudah menunjukkan 1:40 pg hujan mula reda kami pun beredar.

LAPORAN SENIKA.

No comments: