Rupanya En. Liew Kian Yap dari Art Malaysia telah sampai dari Kuala Lumpur.Setelah minum En. Shaimy dan En. Liew mengadakan perbincangan dimana En. Liew menerangkan tujuan beliau mengajak ahli GAP's untuk terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Art Malaysia iaitu pameran peringkat Internasional (karya-karya yang terpilih) dan 1001 pelukis untuk dimuatkan dalam buku 1001 Malaysian Artist.Beliau berjanji untuk membincangkan untuk kali kedua dalam masa yang terdekat.
Lebih kurang jam 3 ptg kami bergerak ke Bazaar Mains.Dalam perjalanan kami mendapat telefon dari En. Rashid B Razak Pengerusi Pelukis Melayu Pulau Pinang memaklumkan beliau telah pun sampai di bandar Seremban dan sedang menuju ke Bazaar Mains.
Selepas minum kami mengadakan interaksi melukis potret termasuklah potret En. Rashid,Pengerusi pelukis Tuan Hj Yunus dan beberapa potret yang di lukis oleh Munif.Dalam suasana itu muncul cikgu Kamal dan rakannya.Latar belakang musik oleh penyanyi karaoke tempatan memeriahkan suasana.
Beliau juga telah menyediakan 2 buah bilik untuk ahli dari Pulau Pinang diCharlton Star.
No comments:
Post a Comment